in ,

5 Hijabista Yang Layak Dijadikan Idol Fashionista

Sumber gambar: twitter.com/HERMESMERIZE

Tidak dinafikan, jika dulu fesyen untuk gadis berhijab memang agak sukar kita nak tengok menarik perhatian. Gadis berhijab juga sebelum ini lebih santai bergaya dengan pakaian yang simple dan terlalu plain. Akan tetapi sekarang, sudah ramai orang yang lebih berfikiran terbuka dan memberi ruang kepada gadis berhijab untuk tampil bergaya dan siap ada yang boleh dijadikan ikon dalam dunia fesyen tau! Jadi, untuk korang yang dah tak ada idea nak cara gaya baru untuk diri korang, mungkin korang boleh jadikan wanita-wanita berhijab ini sebagai idola fashionista korang? Hehe! 

NAWAL SARI

Sumber gambar: instagram Nawal

Kalau korang nak tahu, Nawal Sari adalah model hijabista yang berasal dari Australia. Setiap gaya yang dia tampilkan juga memang sesuai sangat dengan gadis remaja yang berhijab sebab lebih fresh. Dia juga baru-baru ini ada kolaborasi dengan jenama Hijab House iaitu salah satu jenama yang terkenal untuk Australia’s Modest Fashion Runway sewaktu Melbourne Fashion Week. Nawal ini juga bukan sekadar pandai bergaya di Instagram, TikTok pun dia layan tau! 

MARIA ALIA

Sumber gambar: instagram Maria

Untuk korang yang yang suka kan dengan gaya yang lebih formal kasual. Maria Alia ini adalah ikon fashionista untuk wanita berhijab yang paling tepat. Maria ini sebenarnya dia adalah seorang perunding kreatif media digital di agensi kreatif Miilkiina dan juga seorang fesyen model yang duduk di New York, Amerika. Jadi, kalau korang suka nak jadi hijabis yang sentiasa nampak berketerampilan, korang boleh lah tiru gaya dia lepas ini.

NEELOFA

Sumber gambar: instagram Neelofa

Siapa saja yang tak kenal dengan pelakon dan pengacara kesayangan Malaysia ini kan? Tudung Naelofar dia dan juga bisnes susu NILOFA dia memang selalu laris dan dia selalu dijadikan icon para wanita berhijab. Kalau korang tengok semua gaya yang digayakan Neelofa memang sentiasa menjadi perhatian orang ramai tidak kira dalam acara apa pun yang dia hadir. Baru-baru ini juga dia siap berkolaborasi dengan Giuseppe Zanotti untuk lancarkan koleksi kasut tau! Memang idola betul lah Neelofa ni! 

SUAAD HASSAN

Sumber gambar: instagram Suaad

Dia merupakan Youtuber yang walaupun masih baru lagi, tetapi rajin untuk kongsi tips untuk korang para hijabis luar sana. Gaya Suaad Hassan ini lebih simple tetapi masih lagi ‘Instagramable’ dan memang sesuai sangat untuk korang yang suka ambil gambar dan post di media sosial. Jika korang usha Instagram Suaad ini, dia memang suka sangat dengan fotografi yang menarik tau! Memang sesuai sangat dengan jiwa korang yang 24 jam tak lekang dengan media sosial itu.

YUNA 

Sumber gambar: instagram Yuna

Last but not least, kalau yang seorang ini tiada dalam list memang tak lengkap rasanya. Yuna, penulis dan penyanyi indie-pop / R&B yang namanya semakin dikenali di peringkat antarabangsa ini memang stailo habis! Walaupun berhijab, Yuna telah membuka fikiran ramai orang di luar sana yang gadis berhijab pun boleh berjaya dan dia siap pernah berkolaborasi dengan penyanyi yang hebat seperti Usher, Jhené Aiko, G-Eazy dan Tyler, the Creator + tau! 

Sebenarnya, selain mereka ini, memang ramai sahaja lagi ikon fesyen gadis berhijab yang korang boleh jadikan idola dalam berfesyen. Cakap sahaja, korang nak gaya street ke, vintage ke, gaya modest ke dan lain-lain, ada ramai yang boleh dijadikan ikutan. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Sebab Utama Remaja Kena Pakai Lotion

BTS Bakal Keluar Album Baru, ARMY Kena Ready Oktober 2020!