in ,

5 Filem Lokal 2019 Wajib Layan Sebelum 2020

Sumber gambar: thevocket.com

Tahun ini memang banyak sangat filem di negara kita yang mendapat sambutan. Jadi, korang dah tengok ke semua filem-filem itu? Dan memandangkan tak banyak aktiviti luar rumah yang boleh kita boleh buat dengan masa cuti yang tinggal ini, apa kata kalau korang cuba layan antara lima filem local paling best yang ada pada tahun 2019. Jom kita  tengok apakah antara filem yang dicadangkan!

SANGKAR

Filem yang diarah oleh pengarah terhebat tanah air iaitu Khabir Bhatia. Sangkar ini mengisahkan tentang Adam dan Johan merupakan atlet sukan bela diri campuran (MMA). Adam yang dilakonkan oleh Zul Ariffin, hero filem kegemaran ramai orang ini dalam cerita ini  bersikap angkuh dan telah menang sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Mereka ialah musuh dan selalu bersaing. Suatu hari, apabila dicabar di luar sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan Johan. Johan (Remy Ishak) tercedera parah dan ahli keluarganya hilang punca rezeki dan harapan. Untuk menebus kesalahannya, Adam pun kembali bertarung dalam pertarungan underground untuk mendapatkan habuan supaya dapat membantu Johan sekeluarga.

PUSAKA

Siapa yang minat filem seram korang boleh tonton Pusaka. Ia mengenai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah menemui mayat pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah yang telah lama ditinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle. Semenjak itu, setiap langkah Inspektor Nuar dihantui pelbagai kelibat dan gangguan. Kematian demi kematian berlaku dan korang memang kena tengok sebab korang tak akan sangka dia punya plot twist dalam filem itu bagaimana.

SUATU KETIKA

Filem Suatu Ketika pula mengisahkan semangat pasukan bola sepak budak lelaki kampung yang melawan pasukan juara sekolah British dalam kejohanan kecil tempatan. Berlatarbelakangkan tahun 1952 sebelum Merdeka di Ujong Pasir, Melaka ia adalah kisah budak-budak lelaki sekolah kampung berumur hampir 12 tahun dari pelbagai latar belakang yang dibentuk sebagai satu pasukan bola sepak, supaya dapat memasuki JG Davidson, kejohanan piala remaja tempatan. Biarpun tiada latihan betul, seragam ataupun bola sepak sebenar, tetapi mereka ini adanya semangat dan azam.

MISTERI DILAILA

Macam korang yang suka tonton filem seram psikologi pula, Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila yang bercuti di Bukit Fraser, Pahang, tetapi percutian itu bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya. Apa yang best mengenai filem ini, sebenarnya dia ada dua jalan cerita iaitu versi satu dan dua. Akhir filem ini memang meninggal tanda tanya kepada semua penonton tau. Cubalah tonton okay! 

EJEN ALI THE MOVIE

Ini antara filem animasi terbaik yang kami paling suka! Ia mengenai misi ejen Ali yang kini perlu merungkai misteri teknologi yang telah mengancam bandar Cyberaya dan pertaruhkan kesetiaannya kepada agensinya MATA ketika konflik timbul apabila Ali tahu bukan lagi dia seorang sahaja yang mampu menguasai IRIS. Ejen Ali perlu lakukan misi aksi dan merungkai misteri yang mengancam bandar Cyberaya.

Lepas ini kalau korang tengah bosan tak tahu nak tengok movie apa semasa cuti berbaki ini, apa kata korang tonton apa yang kami cadangkan ini sebab semua filem ini memang mendapat banyak sambutan semasa sesi tayangan. Korang yang tak sempat tonton itu pun bolehlah tengok bila ada masa nanti.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Simple Nak Dapatkan Jawline Setajam Pisau Mak

Cara Sesuaikan Diri Di Sekolah Baru 2020