in ,

5 Boybands Legend Zaman Abang Kakak Korang

Sumber gambar: loudwire.com

Sekarang ini memang tak dinafikan memang ramai sangat artis yang berbakat. Tidak kisahlah genre apa yang mereka bawa kan sama ada K-Pop, Alternative, Hip Hop, Pop, Balada, Rock dan banyak lagi. Kebanyakan dari mereka ada yang solo dan ada juga menyampaikan karya mereka di dalam kumpulan. Macam di negara kita sendiri, kalau kumpulan kita ada Hujan, Masdo, Floor 88, dan banyak lagi, kebanyakan mereka juga masih aktif dalam industri muzik dengan menghasilkan banyak lagu-lagu baru. Tetapi sekarang ini, jom kita usha antara lima boy bands antarabangsa legend yang memang famous habis waktu zaman abang dan kakak korang. Hehe! Ada pakej rupa yang handsome sekali tau!

BOYS LIKE GIRLS

Pernah dengar lagu Two Is Better Than One atau The Great Escape? Kalau korang nak tahu, band Boys Like Girls ini kalau dulu memang ibarat pujaan hati para gadis tau! Dah lah muka hensem, lagu mereka pun memang cool sangat! Dan kalau korang nak tahu, dengar cerita April tahun ini mereka akan ada kan tour di Malaysia tau! Hmm! Untuk yang memang dah kenal atau baru nak kenal Boys Like Girls, korang bolehlah keep update dengan mereka di Twitter atau Instagram! Zoe confirm pergi sebab mereka ini favourite Zoe dari sekolah lagi tau!Β 

JONAS BROTHERS

Siapa sahaja yang tak kenal Jonas Brothers yang popular dek kerana Disney Channel, betul tak? Jonas Brothers ini sebenarnya dah ada sejak tahun 2005 dan semakin popular dari masa ke semasa selepas filem Camp Rock. Dulu, pada tahun 2013 mereka pernah bubarkan kumpulan ini tetapi mereka kembali semula dengan banyak sangat lagu baru dengan konsep yang lebih matang dan Pop.

PIERCE THE VEIL

Selain itu, siapa sahaja yang tak kenal dengan Pierce The Veil kan? Zaman dulu muzik Punk Rock memang trend sangat untuk abang kakak korang dan Pierce The Veil ini memang terkenal dengan lagu-lagunya yang memang cool dan berkisarkan kehidupan yang dekat dengan diri pendengarnya tau! Last lagu mereka tak silap pada tahun 2017 tau! Hmm, kalau mereka buat comeback nanti, mesti ramai yang tak sabar.Β 

WE THE KINGS

Konsep muzik mereka lebih kurang sama dengan band yang lainnya iaitu Pop Punk, Pop Rock, Alternative Rock, Emo, Power Pop, Emo Pop and Pop. Check Yes Juliet adalah antara lagu yang selalu dinyanyikan pada zaman abang dan kakak korang dulu sebab ia ala-ala budak-budak emo dulu kan? Ya! Memang best tau lagu mereka!

MY CHEMICAL ROMANCE

Siapa tak kenal band ini, korang memang tak boleh dengan ramai orang sebab peminat dia memang ramai tau! Setiap pelusuk negara tau! Siapa tak dengar lagu-lagu mereka, memang rugi. My Chemical Romance antara kumpulan Rock yang paling hebat dari dulu sampai sekarang tetapi itulah, sekarang ini dia tak ada lagu baru. Dan kalau pergi karaoke, memang tak sah kalau tak nyanyi Welcome To The Black Parade.

Selain band di atas yang kami kongsi dengan korang, sebenarnya ada banyak lagi band lain yang best yang tidak sempat disebutkan. So far, kalau kita tengok yang ada juga aktifkan diri untuk hasilkan karya baru mereka adalah Jonas Brother dan Pierce The Veil, yang lain itu masih tak berapa nak dengar update tentang mereka. Apa yang best, semua lagu mereka masih lagi boleh masuk dengan jiwa muda kita ini. Cuba share sikit favorite band korang dekat komen di bawah.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Combo Makanan Pelik Korang Mungkin Boleh Cuba

Cuba Cara Ini Untuk Elak Baju Cepat Kedut