in ,

5 Benda Perlu’Bangun’ Bila Diri Jatuh

www.mawardiyunus.com

Pernah tak korang rasa down, sedih dan rasa hidup ini dah tak best sebab ada masalah? Hmm, biasalah guys, hidup ini ada pasang surutnya. Kalau selalu gembira saja tak best juga, kalau terlalu sedih pun tak boleh juga. Jadi pernah wonder tak bagaimana nak keluar dari zon yang tak best itu? Iyalah sebab diri kita sebagai manusia ini lain-lain penerimaannya untuk handle perasaan. Okay, kali ini biar Zoe kongsi dengan korang beberapa alternatif terbaik untuk bangkitkan diri korang bila rasa down seperti ini…

EMOSI

via GIPHY

Bila korang ada gangguan emosi seperti rasa stress dan bimbang dengan sesuatu hal. Benda yang perlu korang buat adalah keluarkan saja emosi korang yang terpendam itu. Nak menangis pun silakan sebab menangis memang boleh redakan emosi korang yang tengah jiwa kacau. Selain itu, kita boleh dengar lagu kegemaran jika ia mampu bantu emosi kita untuk jadi lebih positif dan tidak terlalu memikirkan masalah. Kemudian, minum air yang suam pun boleh bantu untuk korang tenangkan fikiran dari terlalu emosi.

GAGAL

via GIPHY

Semua orang akan hadapi kegagalan tapi korang jangan pernah menyerah kalah. Apa yang utama korang perlu buat ialah terus berusaha sebaik mungkin supaya kegagalan korang itu boleh jadi kunci kepada kejayaan korang semua untuk terus mahu. Kalau gagal lagi pun, it’s okay! Korang perlu cuba saja sampai jadi sebab sebenarnya ramai yang menyokong korang dari belakang seperti keluarga dan rakan-rakan.

KALAH

via GIPHY

Pernah rasa putus asa bila dah kalah dalam sesuatu hal? Perasaan kalah itu kadang-kadang lebih perit dari gagal jadi korang jangan pernah menyerah kalah. Kenapa tidak kalau korang cari saja kekurangan yang ada dalam diri dan cuba tengok semula apa yang tak kena. Mungkin dari situ, korang mampu kenal pasti apa yang kurang dan apa yang perlu ditambah baik untuk menjadi pemenang pada masa akan datang. Kemudian, kita perlu ingat bahawa kalah itu bermakna semakin besar kemungkinan untuk kita menang jika kita usaha semaksimum mungkin.

DI HINA

via GIPHY

Semua manusia mana ada yang sempurna? Let’s say kalau ada yang hina korang pun, korang biarkan sahaja dan jangan hina semula sebab kalau tak, kita ini nampak sama saja dengan mereka. Benda itu pun sangat tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri kalau korang terlalu fikir hinaan yang mereka cakap dekat korang. Lebih baik korang maafkan saja orang yang hina korang itu seikhlas hati. So that, korang akan jadi semakin kuat. Hehe

DIREMEHKAN

via GIPHY

Pernah tak benda yang korang suka dan minat itu diremeh dan dipandang rendah? Mesti kadang-kadang pernah terjadi sampai diri pun terlalu overthinking, betul tak? Apa kata korang jangan dengar cakap orang yang suka rendahkan diri korang itu? Kalau korang rasa benda itu disebabkan korang salah cara pun, why not korang cari tahu kekurangan diri atau fikir mereka adalah pembenci yang cemburu dengan hasil dan usaha korang yang dah berjaya? Kalau boleh maafkan sahaja mereka dan lebih baik korang doa supaya urusan korang lebih dipermudah, lagi banyak faedah.

Jadi selepas ini, korang tak payah terlalu fikirkan segala perkara negatif yang boleh mudaratkan diri sendiri dan lebih baik cari alternatif untuk lebih positif dalam hidup. Ingat ya! Semua masalah ada penyelesaiannya! Hehe

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

No More Buli Siber, ‘Sulli Act’ Bakal Dikuatkuasa Bulan Depan

Paper Exam Lambat Lagi, Apa Nak Buat Dekat Rumah?