in ,

5 Benda Menarik Dan Rare Tentang 7E Thailand

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Ting tong! Bunyi ini selalunya korang akan dengar di pintu 7-Eleven, betul tak? Sis Zoe suka sangat pergi 7-Eleven sebab mereka ada jual Slurpee tapi kebanyakan mesin mereka selalu rosak. Nasib baik, ada banyak lagi cawangan yang mesin dia lebih baik! Biasanya 7-Eleven selalu jual barang yang kita nak seperti barang rumah, makanan instant yang berkualiti dan banyak lagi, betul tak? Tapi baru-baru ini ketika Zoe pergi Thailand dan antara benda yang paling buat Zoe excited adalah 7-Eleven. Ya, kawan-kawan nak tahu tak, 7-Eleven Thailand memang best sangat sebab banyak sangat makanan yang best boleh kita cuba. Dan sebagai salah seorang penggemar chai tea, memang Zoe cari itu dahulu dalam 7-Eleven. Untuk pengetahuan korang juga, 7-Eleven Thailand memang sangat function sebab mereka ada jual lima benda ini.

BURGER

Sumber gambar: mekgee

Kalau burger kita di Malaysia, biasanya dah ada yang dari luar dimasakkan oleh beberapa peniaga dan dihantar ke dalam 7-Eleven betul tak? Tapi pernah tak korang tengok burger best complete macam burger biasa tapi korang hanya perlu tinggal panaskan dalam microwave sahaja dan boleh makan? Di 7-Eleven negara gajah putih ini, memang dah lama ada tau! Dan banyak sangat pilihan ada steak, ikan, ayam dan lain-lain. Cubalah beli kalau korang peminat setia burger! Hehe!

AIR YANG BEST

Sumber gambar: wanderlustdj

Kalau di negara kita kebanyakan 7-Eleven suka jual air berkarbonat.. Tapi di 7-Eleven Thailand, korang masuk-masuk saja dah nampak segala air yang best, yang mana harganya kalau di negara kita adalah dalam satu cawan itu RM5 ke atas tapi cawan kecil saja. Kalau yang Zoe beli di sana, cawannya besar dan harganya dalam RM2 duit Malaysia kalau ikut tukaran mata wang semasa. Best! 

BARANG KECANTIKAN

Sumber gambar: iamlejen

Kalau kita nak beli sebarang produk kecantikan, kedai yang kita akan pergi adalah seperti drugstore. 7-Eleven negara yang satu ini pula, korang boleh beli minuman kolagen, minuman kesihatan dalaman, mekap, lipstick, bedak, dan lain-lain sama persis seperti korang pergi beli barang di drugstore negara kita. Korang cakap sahaja nak apa. Memang mereka ada jual tau

HANDPHONE

Sumber gambar: bolehshareje

Ya, Macam tak percaya mereka ada jual handphone? Biasanya phone orang akan jual dia kedai tertentu seperti shopping mall dan lain-lain untuk beli handphone tetapi di 7-Eleven Thailand, mereka siap jual phone tau! 7-Eleven sudahlah 24 jam tau! Can you guys imagine? Phone rosak terus beli baru dekat 7E!

JAJAN 

Sumber gambar: says.com

Akhir sekali, jajan mereka! Memang sedap, unik dan mudah didapatkan. Kalau kita nak makan sagu, puding, cendol dan lain-lain, kita akan ke gerai petang-petang yang buka di kawasan rumah atau tepi jalanan, betul tak? Tapi korang boleh dapatkan semua jajan seperti ini dengan mudah di 7-Eleven di sana. Zoe memang suka sangat dengan makanan di 7-Eleven Thailand. Rasa seperti nak pergi lagi nanti

Kebanyakan harga barang-barang ini berpatutan! Apa yang paling penting, barang mereka sangat best dan rare nak jumpa di negara kita. Akan tetapi, korang jangan main slumber beli sahaja. Since, mereka bukan negara yang ramai orang Islam, untuk kawan-kawan yang muslim sebaiknya korang periksa dahulu ada logo halal atau tidak, kalau tidak sia-sia sahaja korang menangis fikir. Opss! Kalau tak dapat pergi sekarang, korang boleh cuba kemudian hari bila dah besar sikit atau nak ajak mak dan ayah pergi waktu cuti pun boleh juga. Tapi satu sahaja yang Zoe tak minat di situ, sebab ada banyak sangat makanan dan minuman manis amat sampai nak jumpa air mineral pun susah!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Trend Baru Fake Jeragat, Tak Bahaya Ke?

Aktiviti Menarik Di Taman Botani Shah Alam Selain Dating