in ,

Tukar! Sebelum Ia Menjadi Penyakit

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Siapa kata kalau tak sihat sebab musim hujan, musim panas atau terkena jangkitan je? No no girls! Sebenarnya, mungkin kita terlepas pandang mengenai isu kebersihan lagi-lagi barangan yang kita selalu guna! Jom LUNARIA senaraikan barangan yang perlu korang jaga extra sikit!

BERUS GIGI

Sumber Gambar: https://sinar.my

Korang tahu tak berus gigi perlu di tukar setiap 3 bulan sekali! Sebab berus gigi yang lebih dari 3 bulan akan menyebabkan kesihatan gusi dan gigi korang terganggu tau. Dalam tandas ada pelbagai jenis bakteria yang terperangkap yang singgah ke berus gigi kita! Kita tak nampak bakteria jadi kita tak tahu berapa banyak yang melekat kat berus gigi tu.. eewww!

TUALA

via GIPHY

Selalunya korang tukar tuala bila #Lunagirls? Sebenarnya kita perlu tukar tuala selepas tiga hingga empat kali selepas digunakan atau seminggu sekali tau. Jangan sesekali memakai satu tuala dalam waktu yang lama, ini kerana boleh mendatangkan jangkitan kuman pada kulit! Mungkin kita nampak tuala kering dan boleh digunakan, tapi sebenarnya banyak kuman dah terperangkap bila basah! Dan ia boleh menyebabkan badan kita tumbuh jerawat tau!

CADAR DAN SELIMUT

via GIPHY

Lebih kurang sama macam situasi tuala tadi, tak tukar cadar pun boleh menyebabkan jerawat badan dan muka tau! Cuba korang ingat balik bila last korang tukar cadar dan selimut? Haa baru balik dari sekolah atau keluar jalan lepas tu terus baring di katil tak elok tau! Dan masa tidur pun badan kita mengeluarkan peluh.. Banyak dah tu bakteria terkumpul! Jadi lepas ni rajin basuh cadar sekurangnya dua minggu sekali okay?

LANGSIR DAN KARPET

Sumber Gambar: https://www.impiana.my

Biasanya langsir dan karpet ni kita akan bersihkan setahun sekali je.. tu pun masa nak dekat raya dan bila mak dah mula ‘nyanyi’ minta kita kemas bilik.. hehe! Jadi cuba korang bayangkan, berapa banyak bakteria yang melekat dekat situ? Ha! Mesti tak sangkakan? Selepas ni tak perlu tunggu mak ‘nyanyi’ baru nak cuci okay?

KIPAS

via GIPHY

Janganlah pernah terlepas pandang kalau kipas korang dah berhabuk dan berat untuk berpusing. Lama sangat tak cuci sampai berbunyi-bunyi kipas tu.. aiyo! Habuk yang terkumpul pada bilah kipas tu akan menyebabkan kita terkena gatal-gatal kulit, selesema dan bersin nonstop.. Jadi jangan malas please girls, nampak kotor, terus cuci okay!

Selalu kita pandang remeh benda-benda ni.. Sebab kita tak nampak pun kotoran yang melekat. Tapi sebenarnya dah banyak bakteria dah ready nak ‘serang’ kita! Huhu! Azam tahun ni jom rajin-rajinkan diri untuk jaga kebersihan diri okay?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Takut Masuk Tingkatan 6, Ini Sebabnya…

PUBG Who? Kita Ada Game Legend Okayy