in ,

5 Barang KENA Ada Dalam Bag Korang!

Sumber gambar: https://fashionmagazine.com

Hai girls! LUNARIA nak tanya, kalau keluar, barang apa je yang korang bawa dalam beg? Mesti macam-macam kan? Kadang dah macam store, semua benda boleh jumpa.. hihi! Jangan risau.. HariniLUNARIA nak kongsi senarai barang yang perlu ada dalam beg.. Taklah nanti kabut nak mencari barang!

BEG DUIT

via GIPHY

Beg duit wajib #Lunagirls bawa ya! Dan yang penting ada dalam tu mestilah kad pengenalan, kad bank dan duit! Kalau tak bawa duit nak bayar macam mana pula nanti! Haha! Tapi kepada korang yang tak suka bawa beg duit tu, bawa small pouch untuk letak barangan penting tadi supaya dalam beg nanti okay?

MAKE UP 

via GIPHY

Kebiasanya dalam beg girls mesti ada benda ni kan? Yelah, nanti jalan satu hari sana sini, lepas tu makan macam-maca mesti nak touch-up make up kan? Hihi! So LUNARIA cadangkan, korang bawa compact powder dan lipstick pun dah cukup! Tak payahlah nak bawak foundation, BB Cream  atau mascara semua girls!

TISU

via GIPHY

Yup! Yang ni sangat penting juga ya! Lagi bagus kalau ada tisu kering dan tisu basah dalam beg..supaya kalau makan tercomot atau nak bersihkan make up untuk solat senang sikit! Lagi pun, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan! Haa kalau tiba-tiba tumpah kuah atas baju, boleh terus lap, senang!

PERFUME

via GIPHY

Ada masalah bau badan atau tak, perfume kena ada tau! Mana lah tahu tiba-tiba badan berpeluh dan berbau, boleh lah spray terus! Kadang jalan dekat luar mall, bau asap pun boleh melekat dekat kita tau! Tapi janganlah bawa perfume yang besar tu ya! Bawa pocket perfume dah cukup girls!

PAD

via GIPHY

Walaupun hari tu #Lunagirls tak datang bulan, just standby je dalam beg okay? Takut-takut terr datang bulan secara tiba-tiba! Hehe! Atau pun one of your squad perlukan, haa korang jadi hero of the day! 

So #Lunagirls, cepat check beg korang! Yang mana tak perlu, keluarkan okay? Selepas ni tak ada lah bawa beg berat-berat dah! Korang try dulu tips daripada LUNARIA ni, and let us know menjadi atau tak ya..jangan lupa tag Instagram @Lunariamy! Selamat mencuba!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments