in ,

5 Artis Perempuan Yang Buktikan Girls Berambut Pendek Itu Hot!

Tidak dinafikan kepada kebanyakan girls, rambut adalah mahkota untuk diri kita. Ramai yang suka menggayakan rambut dengan cara tersendiri untuk nampak cantik di mata orang yang berada di sekeliling. Dan sekarang ramai yang suka ada rambut yang panjang dan mengurai.. Kalau nak tengok yang berambut pendek pula ratio-nya 4 dalam 10 orang, Zoe antara penggemar rambut pendek! Tapi #Lunagirls tahu tak hanya dengan berambut pendek pun korang boleh nampak hot dan elegan juga. Tak percaya? Zoe akan kongsikan senarai artis yang rambutnya pendek tapi masih nampak hot dan menarik.

JANNA NICK

mstar

Pelakon yang disukai ramai, Janna Nick nampak selesa menggayakan rambut yang pendek. Kadang-kadang kalau kita tengok di akaun Instagram dia pun kejap rambut pendek dan kejap rambut panjang sampai buat orang confused mana satu rambutnya yang asli, betul tak? Tapi sebenarnya dulu rambut dia memang pendek. Dan ada juga peminat dia yang sedih bila dia berambut pendek sebab kata dia nampak seperti tomboy tapi kalau dah pelakon kesayangan korang ini selesa dengan rambut pendek, baik kita happy saja untuk dia okay!

JUNGYEON TWICE

WowKeren

Dalam dunia K-Pop biasanya gadis-gadis yang diidolakan kebanyakannya rambut mereka panjang dengan pelbagai warna dan gaya. Tapi bila sekali ada salah seorang dalam group members perempuan rambutnya pendek, mesti dia yang paling menyerlah sebab orang akan tanya “siapa yang rambut pendek itu?” sebab mereka nampak paling outstanding antara yang lain. Sama seperti Jungyeon Twice, sebelum ini dia pernah berambut pendek juga tapi dia panjangkan semula rambut dia dan ambil keputusan untuk berambut pendek semula sebab dia selesa dengan penampilan itu. Haish! Dahlah dia cantik, potong rambut pendek lagi nampak meletops!

DIANA DANIELLE

DSFmy

Walaupun Diana Danielle dah ada anak dua, tapi dia masih lagi pelakon yang paling cantik yang pernah Zoe kenal! Sebelum ini memang kita tahu Diana Danielle rambutnya panjang sahaja sampai satu masa itu dia potong pendek. Boom! Memang cantik habis Diana Danielle! Tengok dia race kereta lagi bertambah hot! Memang bukan beshe-beshe sis Diana Danielle.

VANESHA PRESCILLA

Dream

Siapa suka filem Dilan di sini? Korang boleh geng dengan Ainaa! Dan kalau korang tengok Dilan mesti korang kenal dengan pelakon yang kita kenal sebagai Milea. Kalau korang nak tahu Vanesha  Prescilla ialah adik kepada Sissy Priscillia yang berlakon dalam filem popular Ada Apa Dengan Cinta. Imej yang dia selalu bawakan adalah gadis innocent dengan rambut panjang tapi disebabkan dia tak tahan dengan rambut dia yang rosak, dia pun decide untuk potong pendek rambutnya. Apa yang best, ramai fans dia suka sebab mereka cakap Vanesha nampak lebih fresh begitu.

AMBER LIU

Pin Interest

Siapa saja tak kenal Amber Liu betul tak? Dari zaman dia debut F(X) dulu sampai sekarang, rambut dia tak pernah berubah dan memang pendek macam itu saja. Dia antara artis yang paling cantik dan kadang-kadang nampak hot kalah lelaki luar sana sebab imej rambut pendeknya. Amber pun dia ada Youtube channel sendiri tau! Sebab dia pun suka buat parodi, cover lagu, hangout dengan kawan-kawan dia. Bukan setakat itu saja walaupun dia berambut pendek, tak pernah seorang pun judge dia. Ehem! Dia pun one of best friend V BTS tau. Untunglah Amber!

Sekarang ada tak antara #Lunagirls yang rasa nak berambut pendek? Tak salah pun untuk korang mencuba gayakan rambut pendek sekali-sekala. Best tau sebenarnya ada rambut pendek! Sebab jimat syampu, rambut pun cepat kering tanpa perlu guna hair dryer, nak cuci setiap hari pun boleh dan kepala pun rasa ringan saja. Iyalah, mana tahu korang lepas ini pun nampak hot dan cantik macam artis yang kami cakap tadi? Siap crush korang sendiri notice dan datang dekat puji “woah! cantiknya rambut baru awak!”, Untungnya!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Alert iPhone Users! Sila Update iOS Sebab..

Ini Cara Smooth Minta Nombor Crush👉👈