in ,

5 Artis Lelaki BBNU Pujaan Hati Gadis-Gadis

Sumber gambar: cyberspaceandtime

Jika kita tengok dalam industri hiburan terutama muzik, kebanyakannya peminat lebih suka tengok artis yang ada aura dan lagu yang best betul tak? Tapi tidaklah sehingga mendambakan untuk mereka jadi boyfriend atau girlfriend.. Dan korang nak tahu tak, sebenarnya bukan setakat artis K-Pop saja yang ada peminat yang nak boyfriend macam oppa-oppa itu. Di Malaysia pun ada dan biasanya artis BBNU yang sentiasa menjadi pujaan hati para gadis. Hey! Artis kita pun semua not bad okay! Semuanya macho, handsome dan comel belaka! Okay kami akan kongsi dengan korang semua siapa saja lima artis lelaki BBNU yang selalu dijadikan boyfriend goals untuk para gadis. 

NAIM DANIEL

Sumber gambar: Hotfm

Pelakon dan penyanyi Naim Daniel telah menjadi pujaan gadis-gadis sebab lagu-lagu dia memang awesome. Bukan setakat itu sahaja ya, bila dia berlakon dan menjiwai watak pun sangat power! Korang tengok tak Naim berlakon sebagai ‘Budi’ dalam drama Pia? Meleleh lakonan dia.. Jadi siapa saja yang tak suka dengan Naim Daniel? Semua benda dia boleh buat! Comel pun comel! 

ANDI BERNADEE

Sumber gambar: Xtra

Suara seksi, perangai sweet dan dia pun memang pandai berlakon. Selalu tak tengok video dia cakap ayat-ayat sweet di Instagram? Siapa saja yang tak jatuh hati betul tak? Belum lagi pick-up line yang Andi buat. Uish! Silap-silap makcik yang di rumah pun terus jatuh hati dengan Andi. Hehe! BTW! Ehem! Andi bila nak keluar lagu baru ini? 

LUQMAN FAIZ

Sumber gambar: Mstar

Penyanyi yang melonjak naik sebab lagu Kepuraanmu ini dah ada ramai peminat yang suka pada dia sebab dia rajin buat Instagram Live! Kalau korang nak tahu, dulu dia hampir nak tarik diri dari industri muzik sebab katanya sukar nak dapat tempat dalam industri. Fuh! Nasib baik tak jadi sebab semuanya thanks to all his fans! Sebab korang semua, dia masih terus berkarya dalam industri.

ISMAIL IZZANI

Sumber gambar: Mstar

Pandai buat lagu, berlakon dan menari, siapa saja yang tak kenal dengan Ismail Izzani betul tak? Kenyataan yang Ismail rapat dengan mother dia, comel sangat! Dan sekarang Mail tengah busy nak sadokan badan dia.. alamak makin hot! Tapi jaga-jaga, jangan nak kacau Ismail Izzani sangat ya, nanti ada yang marah!  

ASAD MOTAWH

Sumber gambar: Mstar

Muda lagi dan peminat dia semakin ramai sehinggakan ada yang dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei pun suka sangat pada Asad Motawh. Selain itu, Asad pun memang ada bakat main drum dan piano. Perghh! Cool betul Asad! Bukan setakat itu, dia pun memang budak sukan yang sangat aktif. Hmm! Too cool to handle Asad ini!

Semua dalam list ini semuanya memang heloks belaka, betul tak! Hehe! Bukan setakat comel saja, suara pun sedap, perangai pun sweet. Siapa saja yang tak cair dengan mereka ini kan kan kan? Tapi kalau ada antara korang yang berangan nak jadi girlfriend mereka pun tak salah sebab berangan itu percuma girls! Silakan! Tapi jangan kecewa pula kalau mereka betul-betul dah ada seseorang ya! Kita perlu sentiasa support karya mereka okay sebab mereka memang berbakat!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Artis BBNU Bercinta Sama Sendiri, No.4 Paling Cute!

Ikut Tips Tepis Cyber Bully Cara Artis Malaysia