in ,

5 Apps Mudah Belajar Bahasa Inggeris!

Sumber Gambar: https://www.genlish.com

Hai #Lunagirls! Siapa antara korang ada masalah dengan Bahasa Inggeris? Kalau ada, jangan bersedih ya sayang! LUNARIA boleh bantu! Sebenarnya dengan kemudahan teknologi dan kewujudan smartphone membantu kita dalam pelbagai cara tau! Jom cuba download aplikasi yang LUNARIA kongsi ini untuk master in English language cuti sekolah ni!

HELLO ENGLISH

Sumber Gambar: https://apk-dl.com

Untuk #Lunagirls yang cepat boring, korang boleh cuba aplikasi Hello English! Aplikasi ini ada bermacam-macam feature tau.. Dan mereka telah sediakan cara interaktif yang kreatif iaitu melalui games! Jadi taklah bosan sangat nak belajar!

DUOLINGO

Sumber Gambar: https://www.imore.com

Nak tahu apa yang menarik pasal aplikasi ni? Kita bukan saja boleh belajar Bahasa Inggeris, tapi ada juga beberapa bahasa asing tambahan yang mereka sediakan tau! Seperti Bahasa Mandarin, Jepun, Russia dan banyak lagi.. syokkan?

BUSUU

Sumber Gambar: https://oceanofapk.com/

#Lunagirls nak ada sijil lepas jawab test? Cubalah aplikasi ni! Ujian dalam Bahasa Inggeris yang disediakan adalah mengikut kemampuan korang.. dan terdapat lebih 150 pola latihan yang boleh digunakan… banyak kan? Lepas ni  korang boleh terus cuba okay!

LEARN ENGLISH QUICKLY

Sumber Gambar: https://www.britishcouncil.jp

Aplikasi seterusnya ini akan ajar korang Bahasa Inggeris dalam masa singkat dan cepat! Kalau nak tahu, soalan test dia macam soalan kita jawab dalam exam.. tapi setiap kali salah mereka akan betulkan dan akan bagitahu penggunaan yang sebetulnya! So lebih mudah untuk #Lunagirls faham!

MANGO LANGUAGES

Sumber Gambar: http://www.liveoakpl.org

Untuk aplikasi Mango Languages lebih menitik beratkan latihan komunikasi.. #Lunagirls juga boleh belajar dengan rakan-rakan online yang lain! Rakan-rakan online tu pun boleh pilih tau dari segi jantina dan umur! Sambil belajar dapat berkenalan dengan kawan baru, seronokkan? Hihi!

Jadi lepas ni dah tak ada lagi alasan malu sebab tak pandai English! Ingat ya #Lunagirls.. walaupun Bahasa Inggeris kita tak berapa mahir, tapi kena tetap confident untuk gunakannya! Kalau ada yang tegur.. jangan ambil hati tapi kita ambil sedikit juga nasihat dari mereka okay? Selamat mencuba!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mitos Pantang Larang Semasa Datang Bulan!

Tips Atasi Masalah Kaki Berbau!