Hello #Lunagirls! Korang perasan tak orang sekarang pergi mana-mana je mesti tengok phone kan? Tak perlu orang luar, tengok je diri sendiri.. ops! Β Hehe! Dengan adanya phone, hidup kita tidak susah lagi kerana semuanya hanya dihujung jari je.. Jom LUNARIAΒ share aplikasi yang Malaysian perlu ada, untuk mudahkan aktiviti harian korang!
CINEMA APPS
Kalau dulu nak tahu sesuatu cerita tu ditayangkan pukul berapa dan hari apa, kita perlu pergi ke wayang tetapi kini tidak lagi dengan adanya beberapa cinema apps. Bukan setakat itu je, kita juga boleh terus membeli ticket wayang secara online. Sampai sana dan terus masuk je wayang.
KUPON APPS
Siapa dekat sini nak pergi makan, shopping, me time dengan ada potongan sehingga 50%? Kalau nak.. apa kata #LunagirlsΒ download aplikasi yang memberikan kupon dan potongan yang terbaik! Jadi tak payahlah keluar duit yang banyak, cari je dekat kupon apps mesti jumpa yang berkenan.
ONLINE SHOPPING APPS
Sekarang dah banyak sangat aplikasi membeli belah online, bukan setakat baju, ataupunΒ make up ye #Lunagirls tetapi barang dapurΒ pun dah boleh secara online!Β Tinggal tunggu, dan sampai tapi jangan biasakan diri ye #Lunagirls nanti terus jadi malas nak keluar rumah.. haha!
FOOD DELIVERY APPS
Benda yang semua orang suka buat, yelah nak keluar malas apa guna ada phone kan? Download je apps dan pesan, tunggulah 15 ke 30 minit makanan pun sampai depan pintu. Tengah malam pun dah ada okay service ni, memang takkan lapar lagi.
Fuh! Mudahkan hidup di zaman teknologi canggih ni semua hanya dihujung jari! Tekan tekan sampai! Haha! Semoga senarai apps tadi membantu #Lunagirls! Selamat mencuba..
Comments
0 comments