in ,

5 Aplikasi Khas Untuk K-Pop Lovers

Shout out to Kpop Lovers! Korang ada aplikasi dan folder khas dalam phone untuk idol korang tak?

Kalau tak dapat pergi konsert mereka, kita hanya dapat tengok K-Pop idol atau K-Pop group favorite dari YouTube, Twitter, Instagram atau website streaming. Kalau K-Pop lover pro, mereka siap ada group chat di Telegram khas untuk dapat update tentang idol kesayangan mereka tau! Korang ada yang join mana-mana group chat Telegram atau WhatsApp tak? Seronoknya kalau hari-hari dapat update tentang mereka betul tak? Tapi jangan risau, untuk yang tak join mana-mana group chat, korang boleh download je apps akan kami kongsikan ini!

VLIVE

Sumber Gambar: Imgur

K-lovers sejati akan menjerit-jerit bila tengok aplikasi ini ya! Sebab korang akan dapat tengok video-video terbaru dari K-Pop idol dan group kesukaan. Bukan itu sahaja, korang takkan terlepas dari pada mendapat apa-apa new update sebab korang akan dapat tengok live dan berinteraksi dengan mereka. Ya! K-Idol favorite korang akan layan korang semasa mereka live!

KPOP AMINO

Sumber Gambar: Aminoapps

Untuk aplikasi ini pula, khas untuk korang yang suka buat kawan baru! Ya, untuk sesiapa yang nak menambah kawan sesama K-Pop lovers bolehlah gunakan aplikasi ini. Selain menambah kawan, boleh juga share benda-benda terbaru. Bagus ya apps ini sebab dapat meluaskan persahabatan. Nanti boleh pergi konsert sama-sama dan sembang tentang idol sepanjang malam! Fuh.. bila ada geng buat kita lagi semangat nak share tentang idol sebab mereka ada minat yang sama dan akan lebih memahami kita!

KPOP

via GIPHY

Aplikasi ini pula lebih kurang macam YouTube cuma yang bezanya aplikasi ini mengumpulkan hanya lagu-lagu K-Pop dan ada juga channel khas untuk lirik, OST drama atau filem kesukaan. Korang boleh stream lagu-lagu terbaru atau nak throwback lagu lama pun boleh sambil melayan jiwa dan perasaan.

MYDOL VIRTUAL CHAT

MYDOL APP DONT DOWNLOAD!!!! | K-Pop Amino

Sumber Gambar: Aminoapps

Katanya aplikasi ini boleh buat korang chat dengan Kpop idol atau secara group. Ada antara korang dah cuba aplikasi ini? Dengarnya sebelum ini kurang best, tapi sekarang dah okay.. kalau nak tahu betul ke tidak… Jom kita cuba dulu! Mana tahu betul seronok dan mungkin hari-harilah kita layan aplikasi ini. LOL!

NAVER MUSIC

Sumber Gambar: http://uxdmin.com

Aplikasi yang sama seperti Joox dan Spotify. Cuma yang membezakan dekat sini, semua lagu-lagu Korea dan ia menggunakan bahasa Korea tapi untuk K-Pop lovers mesti tak ada masalah sebab mungkin ada antara korang yang dah pro bahasa Korea. Mungkin selepas ini boleh ajar kami di LUNARIA perkataan Korea yang mudah-mudah sebab kami pun budak-budak baru nak up.. LOL!

Macam mana K-lovers? Ada yang excited tak untuk download aplikasi kami senaraikan tadi selepas baca artikel kami? Takpe LUNARIA faham, selagi masih ‘cuti sekolah’ ini bolehlah habiskan masa yang ada untuk layan minat korang terhadap K-Idol masing-masing, tapi ingat ya! Kerja sekolah jangan lupa siapkan.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perangai Aneh Adik Beradik, Korang Tersenarai Tak?

Senarai Movie Korea Onz Di Netflix Harus Tonton!