in ,

5 Alasan Yang Biasa Digunakan Bila Tak Habis Makanan

Sumber gambar: ww.pinterest.com/hannahkamarudin

Jika dalam bab nak menghabiskan makanan, biasanya lelaki akan lebih ramai. Ada orang tanya.. “Hmm, dah itu siapa suruh order banyak-banyak?” Walaupun tidak semua perempuan macam ini, tapi jom kita selidik apakah alasan di sebalik perempuan yang suka tak habiskan makanan atau lebih gemar berkongsi dengan kawan. 

NAK CUBA TRY TEST SIS

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan perempuan yang suka makan akan lebih suka mencuba makanan baru tak kisahlah dari pelusuk mana pun makanan itu datang. Apa yang penting mereka harus cuba. Kalau tak cuba, rasa macam rugi lebih lagi bila makanan itu adalah makanan yang paling trend in and viral by the time. Jadi, sedap tak sedap belakang cerita, apa yang penting dapat rasa, betul tak girls?

‘PERUT KECIL’

via GIPHY

Walaupun tidak semua, tetapi ada juga perempuan yang memang cepat sangat kenyang walaupun mereka makan sikit sangat. Ya, jangan terkejut tapi memang ada tau perempuan yang macam ini. Jadi, jangan pelik kalau tiba-tiba kawan perempuan korang baru makan tak sampai 10 suapan pun dah kenyang. 

DIET KATANYA

via GIPHY

Ramai perempuan selalu cakap mereka on diet, walaupun tidak semua diet mereka menjadi, betul tak korang? Tak kisahlah, sama ada jadi atau tidak diet kawan korang perempuan korang itu tapi inilah alasan yang mereka selalu guna bila tak habis makan. Hmm, korang tunggu apa lagi? Korang tolong sajalah habiskan makanan itu. Membazirkan amalan yang tidak baik.

SALAHKAN MAKANAN

Sumber gambar: mashed

Ini pun antara sebab kenapa kawan perempuan korang boleh jadi tak dapat habiskan makanan.. Ada yang akan kata hidangan makanan itu terlalu banyak, makanan pedas sangat, makanan berminyak dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan korang, jumlah kalori dan pengambilan makanan seorang perempuan dan lelaki itu sangat berbeza. Itu juga adalah antara alasan kuat kenapa mereka tidak dapat habiskan makanan itu sebab perut kawan perempuan dah tak boleh nak terima langsung makanan. Jadi, faham-faham sajalah ya.

TAK NAK BAZIR FOOD HUNTING?

Sumber gambar: youtube Best Ever Food Review Show

Antara salah satu alasan kenapa kalau korang nak food hunting kena ajak kawan, lebih lagi yang perempuan! Waktu food hunting, sudah pasti kita nak cuba pelbagai jenis makanan dalam waktu sehari pun kadang-kadang boleh jadi sampai lebih 10 jenis makanan! Jadi, disebabkan tidak mahu ada amalan membazir itu, korang jangan pelik jika kawan perempuan korang suka ajak food hunting. Itu semua sebab mereka tak nak membazir.

Sekarang, korang dah faham kenapa kebanyakan perempuan selalu tak habiskan makanan atau suka berkongsi makanan, betul tak? Jadi, tak kisahlah sama ada perempuan atau lelaki, jika korang rasa korang itu seorang yang jenis makan sedikit adalah sebaiknya korang makan satu per satu dahulu, jangan tamak nak order semua. Itu juga antara alasan kenapa korang kena fikir betul-betul menu apa nak makan sebelum pesan. Oh ya! Jangan selalu membazir sebab itu amalan yang paling tak baik dan kita semua mesti kena hargai makanan! Ala, kalau rasa nak pesan semua makanan itu, korang ambillah masa lama sikit nak makan, bukannya kedai itu lari pun. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Khas Untuk Si Kidal, Hari Ini Hari Istimewa Korang!

Boleh Ke Remaja Pakai Exfoliating Acid?