in ,

5 Alasan ARMY Kenapa BTS Dikenali Worldwide

Sumber gambar: bogor.pikiran-rakyat.com

BTS bukan sahaja dikenali oleh kebanyakan anak muda pada masa kini, mereka juga telah menjadi salah satu fenomena terbesar dunia dan kini menjadi salah satu K-Pop idol yang paling berpengaruh di dunia selepas melakar pelbagai rekod dan sejarah baru sepanjang perjalanan mereka dalam dunia muzik. Kejayaan BTS yang berasal dari Korea Selatan dan sangat berpengaruh terhadap masyarakat juga bukan sesuatu yang baru dan oleh kerana itu peminat BTS, ARMY menjelaskan alasan kenapa BTS dikenali global dan menjadi ikon kepada orang ramai utamanya peminat mereka, ARMY.

VARIASI MUZIK BTS! 

Majoriti ARMY bersetuju bahawa setiap muzik yang dibawa dan disampaikan oleh BTS semakin hari semakin bertambah baik. Ini dapat dilihat melalui setiap album yang dikeluarkan oleh BTS dari masa ke semasa. Bukan hanya berbakat dalam menghasilkan lirik, melodi dan muzik dengan gaya mereka sendiri. Malah, lagu mereka juga mempunyai makna yang menyentuh hati dan mampu memberi pengaruh baik dan positif kepada pendengar. Lagu yang dihasilkan BTS juga diakui mempunyai kualiti yang baik. 

PERFORMANCE YANG ALL OUT! 

Bukan sekadar dalam penghasilan muzik video yang sangat baik dan nampak sangat menarik. Malah, setiap tarian dan persembahan yang dipertontonkan kepada ARMY dan penonton yang lain juga BTS sentiasa memberi 100% tenaga. Di setiap konsert, atau mana-mana acara BTS juga, setiap anggota juga mampu menyembunyikan kepenatan mereka supaya sentiasa nampak bersemangat untuk para peminat yang hadir untuk bertemu dengan mereka. Woah! Walaupun badan sakit, asalkan peminat gembira, betul tak?

NON-STOP CONTENT 

Walaupun BTS jarang dilihat dalam mana-mana acara reality or variety show di Korea Selatan. Jarang untuk kita lihat BTS berhenti menyediakan content seperti RUN BTS, IN THE SOOP, Bang Bang Con, lagu baru, album baru yang dari masa ke semasa dan banyak lagi. Itu tidak termasuk lagi, interaksi diantara anggota BTS dan juga ARMY di aplikasi Weverse, VLive dan TikTok. BTS dan ARMY sentiasa menunjukkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Jadi, ARMY tidak akan pernah jemu dengan setiap content yang diberikan kepada mereka untuk melihat gelagat idola kesayangan mereka, BTS. 

CERITA ‘BEYOND THE SCENE’

Sumber gambar: BTS fandom

BTS ARMY juga percaya bahawa dari kisah “underdog” BTS sejak mereka mulakan debut dalam dunia muzik sebagai K-Pop idol juga mempengaruhi perkembangan BTS yang positif seperti sekarang ini. Kisah sedih BTS yang sejak awal sudah dipandang rendah oleh ramai orang juga membuatkan BTS semakin hari semakin humble dan sentiasa sederhana walaupun sudah mengecapi kejayaan yang hebat seperti kini. Kasih sayang mereka kepada peminat juga tidak dapat nak diluahkan dengan kata-kata kerana bagi BTS, ARMY adalah segalanya dan salah satu penyumbang kepada kepada kejayaan mereka sehingga hari ini.

“TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK”

Sumber gambar: BTS twitter

Last but not least, kata-kata “teamwork makes the dream work” itu adalah sangat sesuai untuk digambarkan pada BTS. K-Pop idol memang tidak asing lagi dengan semangat satu kumpulan yang baik diantara mereka. Extra-wow! untuk BTS, bonding diantara setiap anggota BTS bukan hanya sekadar kawan dan rakan kerja, malah mereka tidak asing dilihat ibarat sebuah keluarga yang sentiasa ada semasa susah dan senang. Walaupun BTS mengakui ada hari-hari dimana mereka bertengkar, tetapi dengan komunikasi, masalah dapat diselesaikan dengan baik. Disebabkan hal itu juga, semakin hari semakin bertambah jumlah ARMY kerana ramai yang stan dengan hubungan rapat mereka walaupun sudah berjaya.

Memang tidak pelik kenapa semakin ramai ARMY yang semakin sayang kepada BTS. Apa pun, semoga BTS dan ARMY sentiasa saling menyokong antara satu sama lain dan walaupun satu hari nanti BTS sudah lagi tidak sepopular seperti sekarang. Mungkin fenomena BTS ini tidak mungkin pernah akan dilupakan kerana mereka adalah diantara yang terbaik yang sudah memberi pengaruh positif dan inspirasi kepada orang ramai. Hehe! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Mudah Dan Cepat Supaya Kasut Tak Berbau

Tudung Tak Menjadi Bila Pakai Spek? Cuba Cara Ini Dulu