in ,

5 Aktiviti Hari Raya Haji Yang Lain Daripada Lain

Sumber gambar: id.pinterest.com/wdestiani221

“Hmm… Raya Haji ini nak buat apa saja ya? Macam bosan sebab tak boleh keluar tengok orang buat korban di Masjid…”

Mungkin ada antara korang yang bingung nak buat aktiviti apa Raya Haji nanti. Jadi, kali ini kami akan kongsi dengan korang aktiviti apa yang korang boleh buat sebab ada di antara kita yang bercuti lama dan balik kampung. Jangan risau, #teamrayabandar pun boleh buat aktiviti yang kami sediakan.

TIDUR

Sumber gambar: says

Untuk pengetahuan korang, antara aktiviti yang menjadi kegemaran dan pilihan ramai orang adalah tidur. Keseronokkan bila dapat cuti dan korang duduk di kampung yang suasananya aman damai dan sejuk mendung buatkan aktiviti tidur ini jadi pilihan. Mesti aktiviti tidur korang akan jadi lebih berbaloi dan diisi dengan lebih baik. Iyalah, hari itu waktu sekolah kena biasa bangun awal semula, jadi untuk seimbangkan semula waktu tidur, korang boleh tidur lama sikit pada hari Raya Haji. Psst, Jangan lupa pergi solat raya ya. 

MAIN DENGAN SEPUPU/ ANAK SAUDARA

Sumber gambar: melayu bangkit news

Selain itu, korang boleh juga isi masa korang dengan aktiviti bermain dengan sepupu dan anak saudara korang. Sebagai contoh, korang yang dah besar sikit itu bolehlah ajar mereka bermain permainan kad atau permainan tradisional. Barulah, permainan generasi dulu yang korang main dengan mereka itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila dan mungkin selepas ini, mereka akan ajak kawan sekolah sekali, betul tak? Jangan pula kita asyik layan media sosial sehingga terlupa nak bersosial di dunia nyata.

TENGOK WAYANG

Sumber gambar: pinterest

Seterusnya, tengok wayang bersama keluarga. #teamrayabandar akan suka aktiviti ini! Bukan setakat korang dah boleh keluar ke shopping mall sebab tiket murah, kawasan bandar akan sedikit lengang sebab ramai sudah pulang ke kampung. Tapi ingat untuk lakukan kawalan kendiri sepanjang berada di luar. Untuk geng yang berada di kampung, korang bolehlah tonton wayang di rumah melalui siaran Netflix dan Android Box. Kalau duduk rumah boleh makan pelbagai makanan dan snek Raya Haji, puas hati! 

KELUAR MAKAN DESSERT

Sumber gambar: kl city gallery

Kalau korang bosan sebab makanan Raya Haji kebanyakan daging sahaja. Korang bolehlah keluar untuk pergi ke kafe yang ada jual pelbagai dessert. Iyalah, bila asyik makan rendang, gulai, steak, dan lain-lain yang agak heavy pun bosan juga. Jadi, duduk lepak bersama keluarga dan saudara sambil makan dessert, memang on

MANDI SUNGAI!

Sumber gambar: umpan

Bila dah balik kampung, rugi kalau korang tak mandi sungai dengan saudara mara. Lebih lagi, jika kampung korang itu ada port mandi sungai yang paling best. Sambil mandi, bolehlah berkelah sekali sambil bawa makanan ringan seperti nugget, fries dan lain-lain sebab mandi manda di sungai itu boleh buat perut lapar tau! Tapi ingat.. Hati-hati dan jaga diri ya sebab sekarang ini musim hujan.

Jadi, dah ada senarai aktiviti yang kami kongsi ini korang boleh rancang awal-awal dan roger sepupu, saudara mara lain. Kalau duduk di ruang tamu dan main telefon itu memang tak best sebab korang buang masa sahaja, lebih baik korang buat salah satu aktiviti kami kongsi ini dan sambil itu rapatkan silaturahim dengan keluarga. 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

6 Sebab Sebenar Selebriti Korea Jarang Bercinta

Jenis-Jenis Pemilik Phone Di Kalangan Remaja (Survey & Giveaway)