in ,

5 Aktiviti Boleh Dilakukan Jika Bosan Di Rumah

Sumber gambar: home.co.id

Musim cuti nanti, di rumah korang tinggal sendiri atau ada adik-beradik lain di rumah? Kebanyakannya mungkin akan duduk sendiri dan ada yang tak buat apa-apa, betul tak? Sebenarnya bila lebih banyak duduk di rumah dan tidak buat apa-apa, lebih banyak korang akan overthinking tentang hidup dan kadang-kadang boleh menjerumus kepada pemikiran yang negatif. Jadi, kalau korang tak rancang nak buat aktiviti outdoor pada masa cuti, LUNARIA cadangkan pada korang untuk buat aktiviti yang mudah ini. Walaupun, tidak selalu keluar, sekurangnya korang boleh cuba untuk buat lima aktiviti positif yang boleh korang buat semasa bosan di rumah.

BERSENAM

Sumber gambar: Hijab & Heels

Bersenam tidak semestinya perlu keluar pergi ke gym atau taman untuk keluarkan peluh untuk jadi lebih sihat. Boleh saja kalau nak buat di rumah, cukup dengan korang buat beberapa kardio atau lakukan tarian seperti zumba untuk bersenam. Kalau badan korang terlalu banyak berehat dan tidak bergerak banyak untuk lakukan aktiviti pun nanti korang cepat sakit tau! Jadi bersenam memang pilihan yang paling baik. Buat ringan-ringan je pun okay, contohnya turun naik tangga.Β 

BELAJAR BENDA BARU

Sumber gambar: Beritagar

Tidak semestinya di sekolah baru nak belajar, di rumah pun kita boleh belajar sebagai contoh belajar menjahit, memasak, bertukang dan mengemas. Selain itu, kita boleh ambil tahu informasi dan berita sekeliling dunia pun adalah salah satu proses untuk korang belajar banyak perkara yang baru. Lebih banyak korang tahu tentang beberapa maklumat, semakin celik minda korang dan ia memang baik untuk diri korang yang semakin meningkat dewasa kelak.Β 

JADI SUKARELAWAN

Sumber gambar: Wow Keren

Menjadi sukarelawan adalah salah satu hal yang amat mulia sebab korang bantu orang yang memerlukan, bantu alam sekitar dan beberapa hal yang melibatkan ekosistem kehidupan. Luangkan sedikit masa korang untuk menjadi seorang sukarelawan di hujung minggu sebab sebenarnya banyak panggilan untuk menjadi sukarelawan yang ada di laman aplikasi media sosial yang mana korang hanya perlu menghantar emel untuk mendapatkan informasi bila tarikh sukarelawan diperlukan. Ada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan upah kepada sukarelawan dan ada yang tidak.

Ingat ya! kalau menjadi sukarelawan sebaiknya jangan mengharapkan wang ringgit sebab kebiasaan upah yang diberi adalah makanan, baju dan beberapa item sahaja. Nama pun sukarelawan okay kawan-kawan!

EXPLORE KEMAMPUAN DIRI

Sumber gambar: Cermati

Cuba cabar diri untuk asah bakat dalam diri korang. Terokai dulu perkara apa yang korang minat dan nanti korang gilap lagi bakat itu sampai jadi lebih hebat. Korang boleh cuba untuk bermain alat muzik, nyanyi, menari, bersukan, dan banyak lagi sebab mana tahu salah satu dari benda yang korang explore ini mampu bawa diri korang pergi lebih jauh dari apa yang korang bayangkan. Ingat ya, lebih banyak korang usaha, semakin bertambah peluang korang untuk lebih positif dalam menjayakan impian korang.

MUHASABAH DIRI

Sumber gambar: Amino

Muhasabah diri pun adalah salah satu aktiviti yang amat baik untuk korang jadikan diri korang semua lebih positif dalam hidup. Bila bosan di rumah, korang cuba ingat semula apa yang patut korang improve lagi dalam hidup korang untuk menjadi seseorang yang lebih baik? Lebih lagi, tahun baru pun tinggal lagi beberapa hari sahaja dan kalau korang muhasabah awal-awal, korang boleh senaraikanΒ beberapa benda yang perlu diperbaiki dan apa impian yang akan korang capai pada tahun depan.

Nampak tak? Sebenarnya senang sahaja aktiviti positif yang boleh korang buat semasa bosan di rumah. Apa yang penting jangan terlalu kerap duduk di rumah sehingga korang tidak bersosial dan membuat kawan baru dengan orang sekeliling sebab kalau kurang bersosial pun, akan beri masalah kepada diri korang. Jaga diri ya waktu cuti nanti!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Instafamous Single Mungkin Korang Boleh Usha

Senaman Kempiskan Perut Dalam Masa 30 Hari