in ,

4 Stail Kurung Kedah Yang Boleh Korang Cuba

Sumber gambar: hmetro.com.my

Sekarang ini orang bukan setakat suka pakaian yang moden sahaja tetapi yang tradisional pun masih diangkat sebagai salah satu gaya unik dan boleh digayakan dengan pelbagai cara mengikut keselesaan korang. Sekarang ini kalau untuk perempuan, kalau nak sentiasa pakai baju kurung pun susah juga kan? Jadi sebab itu ramai antara kita yang memilih untuk pakai kurung kedah untuk digayakan kemana sahaja. Bukan setakat itu, bajunya yang longgar dan comel itu pun korang boleh pakai tidak kira di rumah, tuisyen, jalan-jalan, beraya dan lain-lain. Apa yang penting, ia tidak nampak pelik pun di mata orang sekeliling. Siapa kata gaya ala kampung girl tidak menawan kan?

KAIN BATIK

Sumber gambar: soffyfashionblog

Kurung kedah memang sesuai untuk korang gayakan dengan kain batik bila korang duduk di rumah. Tetapi kalau korang nak bergaya sedikit untuk keluar, korang boleh jadikan kain batik korang itu ala pareo. Memang nice sangat untuk korang gayakan dimana-mana acara. Selain itu, keayuan korang pun akan nampak terserlah dengan gayakan kain batik bersama kurung kedah.

SELUAR JEANS

Sumber gambar: gempak

Kalau korang nak pergi tuisyen atau keluar shopping atau kafe, bolehlah korang gayakan kurung kedah korang dengan seluar jeans. Kalau korang jenis tak suka pakai jeans pun, pakai seluar slack pun okay juga. Memang nampak simple and stylish! Tapi jangan pula korang gayakan seluar dengan baju kurung biasa korang itu pula, memang akan nampak pelik sikit.

JUMPSUIT

Sumber gambar: imall

Jarang sekali kita tengok orang gayakan kurung kedah dengan jumpsuit kan? Macam yang korang tahu, jumpsuit ini sebenarnya memang masuk sahaja dengan apa sahaja jenis tops. Korang cuma perlu yakin dengan diri sendiri sahaja, sebab kalau korang tengok kebanyakan fashionista memang confident sahaja dengan apa yang mereka pakai kan? Jadi why not korang jadi salah seorang yang set trend baru dengan guna kurung kedah. Hehe!Β 

MODERN

Sumber gambar: putrisbelle

Yang moden ini senang sahaja untuk korang gayakan. Sebab sekarang ini sebagai contoh banyak baju kurung kedah versi raya dikeluarkan setiap kali musim perayaan. Ada kain yang lipat batik, ada yang buat kain duyung dan lain-lain ikut keselesaan diri korang. Sebab itu banyak kurung kedah ini sesuai digayakan dimana sahaja.

Jadi itulah antara empat stail yang boleh korang jadikan trend untuk gayakan baju kurung kedah korang. Korang yang bertudung atau tidak bertudung memang akan nampak simple dan comfy dengan empat gaya kurung kedah yang kami kongsikan itu. Lebih lagi, cuaca di negara kita yang panas lembap ini, memang kena lah kan? Hehe!Β 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Nak Hilangkan Perangai Malas

Cara Jaga Bateri Telefon Korang Dengan Lebih Baik