in ,

4 Selebriti Perempuan Mula Bertudung, Cantiknya!

Sumber gambar: Instagram Mawar Rashid. Zizi Kirana

Terkejut tengok IG dah ramai artis perempuan mula bertudung. Sudahlah cantik, lepas pakai tudung bertambah lagi cantik. Apa agaknya rahsia mereka kekal cantik?

Kata mereka hijrah itu dilakukan atas kehendak sendiri dan itu merupakan apa yang mereka impikan selama ini tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Sebelum ini kami ada buat artikel tentang selebriti tempatan yang sudah mula berhijab. So, ini boleh dikira sebagai artikel part 2! Mesti ada antara list yang kami tunjukkan hari ini akan membuatkan korang terkejut dan tertanya-tanya betul ke mereka sudah berhijab? Ha, jangan tak sangka pula ya. Maka dengan itu, ayuh kita terus ke senarai yang sudah kami sediakan. Get ready untuk lihat kecantikan mereka ini semua.

ZIZI KIRANA

Ya, jangan terkejut dulu sebab berita ini masih lagi tidak diketahui sahih atau tidak. Tapi yang pasti penyanyi rap Zizi Kirana dilihat telah mula berkongsi fotonya berhijab di laman Instagram sejak Hari Raya Haji yang lalu. Sehingga kini Zizi masih lagi memuat naik fotonya bersama hijab. Zizi sangat cantik, sekali dia pakai tudung…bertambah cantik jadinya. Tak kisah benar atau tidak Zizi sudah bertudung, kita doakan yang baik-baik sahaja ya semoga Zizi terus kekal dengan imejnya. Harapnya lepas ini ada la lagu baru daripada Zizi, lama tak dengar dia rap.

MAWAR RASHID

Tak menjadi ke salah pun sekiranya seseorang itu berazam untuk bertudung sepanjang bulan Ramadan. Mana tahu nanti bila dah terbuka hati mereka akan terus pakai sampai bila-bila? Hikmat istiqomah bertudung sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, pelakon Mawar Rashid kini mahu terus kekal bertudung demi kebaikan untuk dirinya sendiri. Menurut temubual gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu lagi, hatinya mula terbuka selepas mengikuti pengajian agama di negeri asalnya baru-baru ini. Pada masa yang sama, Mawar juga telah memadam semua gambarnya tanpa hijab sebelum ini. Yang tinggal hanya gambarnya bertudung sahaja di akaun Instagram miliknya.

FATHIA LATIFF

View this post on Instagram

Let’s together try to sacrife our love over dunya by leaving all the prohibited doings and devote our actions, heart and soul towards getting forgiveness and blessing of ALLAH in this beautiful month of Zulhijjah. Salam Aidiladha!!

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

Nama pelakon tinggi lampai ini sering dikaitkan dengan beberapa gosip yang melanda dirinya. Tahun 2019 bukanlah tahun yang ‘baik’ buat Fathia Latiff apabila banyak gosip liar melanda dirinya. Namun kini Fathia telah kembali bersemangat dan mula berhijab semula selepas membukanya pada tahun lalu. Dikhabarkan pelakon cantik ini mula bertudung semula sebelum Ramadan yang lalu. Baginya apa yang terjadi sebelum ini memberi pengajaran terhadap dirinya yang telah lalai dan hanyut. Kini Fathia telah kembali dengan lebih matang dan akan terus berhati-hati dalam tindakan yang dilakukan olehnya.

DAHLIA SHAZWAN

View this post on Instagram

When you watch one episode of Crash Landing On You

A post shared by Dahlia Shazwan (@dahliashazwan) on

Gadis Trivago ini mula bertudung pada awal tahun 2020 dan itu membuatkan ibu kepada seorang cahaya mata ini lebih tenang menghadapi kehidupannya sekarang. Sebulan selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah, Dahlia terus mengambil keputusan untuk kekal bertudung selepas mendapat sokongan yang kuat daripada rakan-rakan dan juga ahli keluarganya. BTW, korang boleh tengok kisah penghijrahan Dahlia di YouTube channel Hazeman Huzair sebab di sana Dahlia ada menceritakan pengalamnnya bertudung. Checkk it out okay!

Apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka semua. Tak kisahlah selebriti yang bertudung atau kita sendiri orang biasa ini yang sudah mula berhijrah ke arah kebaikan. Semoga semuanya yang baik-baik menanti kita semua…

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tudung Tak Menjadi Bila Pakai Spek? Cuba Cara Ini Dulu

5 K-Pop Idol Yang Nyaris Alami Kehancuran Karier