in ,

4 Selebriti Bakal Tamat Latihan Ketenteraan, Welcome Home Oppa!

Sumber gambar: Soompi

Sejak tahun 1957, Korea Selatan mewajibkan setiap satu lelaki di negara mereka yang berusia antara 18 hingga 35 unutk menjalani latihan ketenteraan. Latihan itu bukan sahaja hanya valid kepada orang biasa tetapi termasuk selebriti mereka di sana. Maksudnya bintang Kpop juga tak dapat lari daripada sesi latihan ini.

via GIPHY

Kalau dekat Malaysia kita ada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mana bagi program tersebut, sesiapa yang ‘bertuah’ sahaja yang terpilih termasuk la kaum perempuan. Latihan PLKN hanya dijalankan selama tiga bulan sahaja tetapi dekat Korea Selatan, tempoh latihan berbeza mengikut jenis ketenteraan yang mereka ikuti. Bagi Tentera Darat, mereka akan menjalani latihan selama 21 bulan, 24 bulan bagi Tentera Udara dan 23 bulan untuk Tentera Laut.

Berita gembira untuk peminat oppa Kpop sebab tak lama lagi ada beberapa orang akan tamat latihan ketenteraan mereka pada tahun ini. Korang mesti dah rindu sangat dengan oppa kesayangan korang ini kan? Jom check it out siapa agaknya yang akan tamat latihan ketenteraan pada tahun ini…

YOSEOB HIGHLIGHT

Si comel Yang Yo-seob pernah menjadi penari latar untuk Lee Gi-kwang yang mana ketika itu dia akui bahawa dia tidak mahir menari tetapi mampu untuk meniru tarian orang lain dalam masa yang singkat. Kalau orang lain mesti malu nak tunjuk pakaian dalam mereka kan? Tapi tidak bagi Yoseob ni sebab ketika dalam rancangan Weekly Idol, Yoseob telah menunjukkan seluar dalamnya di hadapan umum… Nasib baik underwear dia corak comel, kalau berlubang buat malu je, hehe! Sebelum ini juga Yoseob langsung tidak follow sesiapa pun dekat akaun Instagram miliknya, termasuk ahli Highlight sekali kerana menurutnya dia mahu menjadi idol yang lain daripada yang lain. Tapi nampaknya sekarang ni dia hanya follow Lee Gi-kwang dan juga Doojoon sahaja. Jangan lupa tunggu Yoseob 30 Ogos ini tau!

DONGWOON HIGHLIGHT

Highlight's Son Dongwoon Confirms Enlistment Date | Soompi
Sumber gambar: Soompi

Penyanyi kelahiran Busan, Korea ini juga bakal menamatkan sesi latihan ketenteraan pada 8 Disember ini. Nampaknya Dongwoon ini lain daripada yang lain sebab dia kurang gemar dengan gadis yang buat-buat comel atau acah comel, sebaliknya dia lebih kepada gadis yang semula jadi berperangai comel! Biasanya orang handsome ini pantang nampak kamera, tapi Dongwoon tidak sama sekali sebab dia seorang yang sangat pemalu bila berhadapan dengan kamera. Lebih kelakar lagi apabila Dongwoon ini sering dituduh sebagai ‘pencuri makanan’ apabila ada makanan yang hilang kerana dia seorang penggemar snek makanan.

EUNKWANG BTOB

View this post on Instagram

😊

A post shared by 서은광 (@btob_silver_light) on

Eunkwang sering digelar sebagai ‘bapa’ dalam kumpulan BTOB kerana sikapnya yang gemar mengambil berat terhadap ahli yang lain. Dalam apa jua kedaan, Eunkwang tetap akan mendengar lagu jenis emosi atau lebih dikenali sebagai lagu tangkap leleh. Untuk pengetahuan korang, Eunkwang ada membuka kafe yang diberi nama PlusEightTwo yang mana terletak di Sunway GEO Avenue dekat Subang Jaya! For those yang meminati Eunkwang, korang boleh serang kafe dia dekat sana sebab ada merchandise yang dijual pada harga yang murah! Agak-agak lepas ni bila Eunkwang dah tamat latihan ketenteraan, dia ada tak dekat sana? Boleh la buat fan meeting lepas ini…

MINHO SHINEE

SHINee's Minho Placed On Vogue's List For Sexiest Men Alive | Soompi
Sumber gambar: Soompi

Sekali dia senyum terus bergetar hati ini melihat wajahmu wahai oppa Minho ku, hehe! Sebagai bekas perokok, Minho pernah mengalami kesusahan untuk berhenti daripada merokok sekitar tahun 2016 yang lepas. Permulaan Minho merokok ialah ketika dia cuba untuk mendalami lakonannya menerusi filem Two Men yang mana wataknya ialah sebagai seorang remaja yang kaki minum dan perokok tegar. Selain menyanyi, hobi Minho ialah bermain bola sepak tetapi hobinya itu telah ditentang sendiri oleh bapanya walaupun dia merupakan seorang jurulatih bola sepak. Dia juga pernah diugut untuk dihalau dari rumah sekiranya dia tetap berkeras untuk meneruskan impiannya menjadi pemain bola sepak. Minho bakal tamat latihan ketenteraan pada 15 November ini.

Korang rasa bila pula turn ahli BTS nak masuk military ya? Nanti kalau mereka semua dah masuk military habis la korang semua kena ‘puasa BTS’ selama dua tahun kan? Tapi lama kelamaan mereka perlu juga menghadiri latihan tersebut. Get ready okay ARMY!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Muzik Genius K-Pop Idol Yang Paling Dikehendaki Dalam Industri

Perkataan Slang Baru Yang Korang Harus Tahu