in ,

4 Sebab Tak Boleh Picit Jerawat!

Sumber gambar: www.bustle.com

Happy Saturday girls! Apa aktiviti korang untuk harini? Hmm petang-petang ni best kalau makan keropok lekor ataupun cendol! Hehe! Kali ini LUNARIA nak kongsikan beberapa sebab #Lunagirls tak digalakkan untuk picit jerawat di muka! Siapa yang suka picit-picit jerawat tu, jaga-jaga.. ia sangat tak elok untuk muka kita tau!

LEBIH BANYAK BAKTERIA MASUK

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak tahu, tempat paling banyak bakteria ada adalah di tangan dan jari-jemari kita tau! Bayangkan seharian macam-macam benda yang korang pegang dan sentuh menggunakan tangan.. Huhu! Sebab tu kita tak digalakkan picit jerawat guna tangan!

PARUT MUKA BERTAMBAH!

via GIPHY

Menurut pakar kulit, radang yang teruk akan berlaku pada kulit jika korang selalu picit jerawat! Oh no!Β Dan bekas jerawat dan parut hitam juga akan melekat lama dekat muka tau.. Dengan bantuan ubat khas jerawat muka mungkin boleh membantu untuk hilangkan tapi ia makan masa agak lama!

KULIT MUKA BENGKAK

via GIPHY

Kulit muka yang ada jerawat baru dipicit tadi akan bengkak dan korang akan rasa pedih! Kalau ia terjadi, #Lunagirls bole cuba cara balut ketulan ais dalam tisu dan tuam kawasan jerawat tadi.. Ia membantu untuk kurangkan bengkak okay!

TONA KULIT TAK SEKATA

via GIPHY

Kulit muka ialah bahagian kulit paling nipis dan sensitif tau.. so kalau #Lunagirls selalu picit jerawat terlalu kuat akan menyebabkan lebam di kulit muka! Lebam itu pula akan buat buat tona kulit korang nampak tak sekata..

Kalau #Lunagirls geram sangat tengok jerawat di muka dah ready to pop, korang boleh guna kapas muka atau tisu muka yang lembut untuk picit okay? Ingat ya girls..sebelum itu pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Telegram VS WhatsApp! Mana Lagi Onz?

Cara Terbaik Ucap Sayang Pada Parents!