in ,

4 Sasaeng Paling Terkenal Dalam Dunia K-Pop

Sumber gambar: youtube.com/KPOP REVE

Semua penggemar muzik K-Pop memang dah lali sangat dengan perangai sasaeng yang sangat mengerikan dan selalu memburukkan nama baik peminat K-Pop melalui tindakan mereka yang buruk dan tidak masuk akal terhadap K-Pop idol kegemaran mereka. Bukan setakat itu, malah ada beberapa sasaeng yang terlalu melampaui batas sehingga nama mereka pun memang sangat terkenal dalam kalangan peminat dan juga K-Pop idol tau! Nak tahu siapa saja sasaeng yang memang dikenali sampai mereka ini pun tak kisah sama ada peminat dan juga idola mereka benci diri mereka? Jom kita tengok…

LCHAN

Sumber gambar: twitter sugaupdates

Berasal dari China, Lchan adalah sasaeng kepada Suga BTS. Lchan memang sangat kerap mengikut kemana sahaja Suga BTS pergi dan perangainya dikatakan hampir sama seperti Duckie Choy yang suka sangat memuat naik gambar di media sosialnya, mengambil gambar dengan jarak dekat. Ada sekali itu, disebabkan geram sangat, Suga ini siap saja menghalakan telefon dia dengan dekat pada Lchan dan sengaja mengambil gambar Lchan dengan dekat sebagai peringatan supaya Lchan ini tidak lagi mengikutinya macam orang gila. Walaupun sudah diberi amaran dan mendapat ugutan dan ancaman dari ramai ARMY. Dia masih tidak lagi serik.

DUCKIE CHOY

Sumber gambar: twitter H0ELYJIH00N

Kalau korang nak tahu Duckie Choy adalah seorang sasaeng tegar Minhyun NU’EST. Duckie Choy ini memang antara sasaeng yang paling teruk sebab dia siap dah langgar privasi Minhyun. Sudah banyak kali dia terciduk sebab selalu ambil gambar Minhyun dalam jarak sangat dekat dan siap muat naik di media sosial peribadinya. Sebelum ini juga, sewaktu Minhyun menjadi peserta dalam Produce 101 musim kedua pun. Duckie Choy ini siap berani masuk ke bilik tidur dan check apa yang berada dalam beg pakaian Minhyun dan juga peserta lain, kongsi gambar di media sosial dan ketawa kan semua peserta yang tak dapat makan makanan yang sedap ketika dalam asrama. Ish! Annoyingnya manusia macam dia ini! 

RION

Sumber gambar: one hallyu

Salah seorang sasaeng tegar Suho EXO yang berasal dari Jepun. Rion sudah menjadi sasaeng paling menjijikkan yang peminat K-Pop kenal disebabkan tingkah laku dia yang sangat tidak senonoh. Dia sudah banyak kali melanggar privasi Suho dan banyak kali juga mengajak Suho untuk melakukan hal yang tidak senonoh dengan dirinya, senang cerita sexual harrasment lah! Siap pernah buat banner yang besar waktu konsert EXO “Suho, tolong rogol saya!” lagi. Suho dah banyak kali dan terang-terangan kecewa dan annoying dengan perangai Rion ini, tapi masih dia tak nak berubah. Kesian betul Suho😞!

LU YAO

Sumber gambar: kbizoom

Kalau yang satu ini pula, dia adalah sasaeng kepada semua ahli BTS. Lu yao selalu sangat try hard untuk follow kemana sahaja BTS ini pergi. Dia siap nekad dan berani untuk berjalan di sebelah V dan Jungkook BTS sewaktu mereka di lapangan terbang dan siap cuba untuk berbual dengan mereka, kononnya berlagak seperti seorang staf atau pun girlfriend tetapi tidak dilayan. Dia juga selalu berpakaian kalah seperti seorang selebriti dan seksi untuk menarik perhatian BTS tetapi masih tidak dilayan. Disebabkan perangai dia yang selalu try hard untuk dekat dengan BTS, akhirnya perangai buruk dia sudah dilaporkan oleh ARMY, ahli BTS dan agensi Big Hit Entertainment juga telah notis dan dia telah diambil tindakan undang-undang. Nama Lu Yao ini juga telah di black list supaya tidak boleh ikut ke sebarang acara yang ada BTS dan lain-lain yang berkaitan dengan BTS.

Hmm, memang teruk betul perangai mereka ini dan tidak dinafikan juga. Disebabkan perangai buruk mereka. Habis nama peminat K-Pop sekali yang tercalit buruk. Ada ke antara korang yang kenal dengan mereka ini? Kalau korang jumpa akaun mereka di media sosial, korang boleh ambil tindakan dengan membuat report kepada agensi K-Pop idol korang, report juga akaun mereka dan buat lah apa sahaja tindakan yang terbaik bagi melindungi privasi K-Pop idol korang. 

What do you think?

31 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Comeback WayV Semakin Hangat Dan Seksi?

Lelaki Wajib Baca Ini Kalau Nak Jadi Macam ‘Dilan’