in ,

4 Rahsia Utama Kulit Orang Korea Cantik

Sumber gambar: koreaboo.com

Memang sudah menjadi lumrah para gadis yang kebanyakan kita sangat pentingkan kecantikan. Bila keluar dengan kawan-kawan, mestilah kita nak tampil menarik dan vass! Dan cuba cakap, siapa saja dalam dunia ini yang tak nak kulit yang flawless? Cuba tengok kulit orang-orang Korea, memang nampak halus dan cantik. Apa agaknya rahsia perempuan Korea ada kulit yang berseri-seri ini ya? Okay, biar LUNARIA kongsikan dengan korang antara empat rahsia utama kulit orang Korea cantik ibarat gelas berkilat.

TONER

via GIPHY

Kalau korang perasan, tak ramai orang kita yang suka pakai toner sebab ramai yang malas. Tapi bagi orang Korea, penggunaan toner ini memang sangat penting sebab waktu itulah kita nak buang segala daki dan kotoran dari muka dengan gunakan toner. Ingat ya, beli toner mengikut kulit korang okay.

MOISTURIZER

via GIPHY

Bila dah guna toner, automatik lah kena pakai moisturizer kan? Disebabkan cuaca dan iklim yang sentiasa tak menentu bukan sahaja di Korea tapi dimana sahaja. Korang wajib pakai moisturizer untuk kekalkan kelembapan kulit korang. Walaupun negara kita ini hujan panas yang lembap, ia juga boleh beri kesan seperti kulit kering tau! Jadi, selalu guna moisturizer okay!

SUNBLOCK

via GIPHY

Uish! Orang Korea memang tak sah kalau tak guna sunblock, bukan sebab setakat mereka takut kulit mereka gelap. Mereka juga takut kalau kulit mereka terdedah kepada sinaran UV yang membahayakan kulit tau. Kita yang di Malaysia ini pun boleh dah kut start rajinkan diri masing-masing pakai sunblock.

TUAM GUNA TUALA HANGAT

via GIPHY

Setiap pagi, kalau korang selalu tuam muka korang guna tuala hangat atau suam pun memang akan buatkan muka korang jadi lebih segar. Selain dari itu, pori-pori dimuka korang pun akan cepat pudar. Cukup tuam muka selama 10 minit pun okay, tak perlu lama-lama pun.

Senang saja sebenarnya nak jaga kulit supaya dapat kulit menarik persis orang Korea. Korang tak perlu berbelanja mahal-mahal pun. Semuanya hanya memerlukan usaha korang sahaja. Kalau rajin, korang akan dapat hasil yang baik. Kalau kurang rajin nak buat, maka lambatlah benda itu nak jadi, setuju tak? Hehe!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Marah Orang Bising Kalau Study Di Restoran Segera

Lelaki Suka Perempuan Lebih Pandai? Si Gadis Sila Take Note!