in ,

4 Posisi Untuk Tidur Lebih Lena!

Sumber gambar: Pinterest.com

via GIPHY

Salam Sabtu kesayangan! Tidur lena tak malam tadi? Hehe! Bila dah seharian penat buat aktiviti, tidur ialah waktu yang paling kita tunggu kan girls… Hihi! Tapi pernah tak korang masih rasa penat dan sakit badan waktu bangun tidur? Sebenarnya ada beberapa posisi tidur yang akan buat kita selesa dan lena waktu tidur serta kurangkan sakit badan tau! Antaranya ialah..

TIDUR POSISI UDANG

Sumber gambar: purple.com

Kalau korang jenis yang selalu tidur berdengkur, posisi tidur ini yang paling sesuai! Hehe! Posisi ini akan membantu untuk kurangkan dengkur.. Dan posisi tidur ni paling ramai orang suka tau.. lagi-lagi waktu cuaca sejuk sebab ia akan buat tidur lebih selesa!

TIDUR MENGIRING, PELUK BANTAL DI LUTUT

Sumber gambar: Japanese Station

Siapa yang suka tidur banyak bantal? Posisi ini sangat bagus untuk sesiapa yang ada masalah sakit punggung! Bukan tu je, posisi tidur ini akan bantu tulang belakang untuk rasa lebih relax! #Lunagirls boleh cuba okay..

TIDUR MENGIRING KANAN

Sumber gambar: medicaldaily.com

Selain ia merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SWT, tidur mengiring sebelah kanan akan membantu untuk buka sistem pernafasan dan elakkan kita berdengkur waktu tidur! Posisi tulang belakang yang lurus pun akan elakkan kita daripada alami sakit punggung atau leher.

TIDUR TERLENTANG

via GIPHY

Posisi ini pun kegemaran ramai! Tidur secara terlentang bagus untuk tulang belakang dan leher korang.. Kulit muka korang pun akan kurang terdedah dengan bakteria yang ada dekat sarung bantal. But make sure bantal tak terlalu tinggi okay!

Walaupun tips ini nampak simple tapi sebenarnya ia sangat penting untuk kesihatan kita tau girls… Waktu muda lah kita kena ambil berat tentang kesihatan diri sebab nanti bila dah besar, boleh la elakkan daripada terkena apa-apa penyakit bahaya! Malam ni cuba salah satu posisi tidur dalam senarai LUNARIA tadi okay! Selamat mencuba!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Terbaik Ucap Sayang Pada Parents!

Apps Online Games Untuk Bermain Dengan Squad!