in ,

4 Orang YouTuber Yang Sering Ada Content Luar Biasa

Weh kau dah tengok ke belum video dekat YouTube pasal seorang perempuan kena offer RM20k lepas itu rupa-rupanya prank je! Kesian betul..

Siapa yang kaki main social media mesti dah tahu tentang video yang dimaksudkan.. Sekarang ini jumlah YouTuber naik macam cendawan tumbuh selepas hujan sehinggakan kita sendiri tak sempat nak tengok video mereka semua. YouTuber yang berkualiti mestilah yang mempunyai content yang bagus. Tapi ada juga beberapa YouTuber yang mempunyai content ‘luar biasa’ sehingga buatkan ramai yang subscribe akaun mereka untuk tengok video yang mereka hasilkan. LUNARIA akan share dengan korang beberapa YouTuber ‘luar biasa’ dimaksudkan..

BROSGANG

Video viral tentang RM20k ialah content daripada Brosgang. Brosgang terdiri daripada dua orang ketua sebagai host dan beberapa lagi ahli bekerja dibalik tabir. Kesemua video yang mereka lakukan ialah tentang menguji kesetiaan pasangan. Khas buat sesiapa yang nak test pasangan mereka itu jujur, setia atau tidak, boleh cari mereka dan mereka akan susun story line untuk jadikan pengajaran buat yang menonton. So far mereka telah mendapat seramai 327 ribu subscribers dan kebanyakan video mereka telah ditonton melebihi 1 juta tontonan. Baru-baru ini Brosgang ada buat video baru tentang seorang gadis muda yang mengganggur dan dia telah ditawarkan wang tunai sebanyak RM20k untuk bekerja dan dia terpaksa menerima wang tersebut untuk memastikan dia dapat kerja yang dia minta. Tapi sayang once dah terima duit tersebut dia dituduh tak setia sebab pandang duit pula. Video mereka ini telah mendapat kecaman hebat daripada warganet sehingga ada yang meminta gadis tersebut saman Brosgang sendiri. Buat masa sekarang video tersebut telah mencecah 1.5juta tontonan.

ISA ISARB

Ada yang mengatakan bahawa Isa Isarb seorang yang berduit dan tidak kisah untuk belanja sebab pada Hari Raya lepas, dia dengan selambanya bagi duit beribu dekat orang lain dengan menggunakan duit kertas RM1! Isa yang baru sahaja berusia 22 tahun menjadi lebih viral apabila dia bersama dengan krew yang lain datang ke perkarangan Istana Negara ketika semua sedang sibuk mengenai isu pemilihan Perdana Menteri. Kelibat Isa bersama krew yang lain di perkarangan istana itu ialah bertujuan untuk mengagihkan wang tunai RM1 kepada pengamal media yang mana keseluruhan wang yang dia akan agihkan ialah sebanyak RM10,000! Tapi sayang niat baik Isa terhenti apabila dia diusir oleh pihak berkuasa. Sehingga kini Isa berjaya meraih subscribers seramai 1.22 juta!

AZFARHERI

Saya memasak, anda menonton. Saya makan anda terliurrr ssssssrrrrr!

Siapa biasa dengar tagline di atas? Mesti ramai yang terikut sama waktu dia cakap. Azfarheri a.k.a Jarjit yang terkenal dengan pantun spontan sememangnya mempunyai content yang luar biasa. Just imagine dia seorang sahaja yang handle YouTube channel miliknya tanpa bantuan oleh orang lain. Bantuan yang dimaksudkan ialah daripada segi editing! Dialah producer, dialah videographer, video editor dan talent sendiri untuk video yang dimilikinya. Video dia yang paling mendapat sambutan ramai semestinya tentang Cerita Hantu! Maklumlah, rakyat Malaysia ramai yang suka dengan benda menyeramkan. Disebabkan dia menjadi diri sendiri ketika di hadapan kamera, Azfar digemari oleh para followersnya di setiap media sosial yang dimiliki olehnya. Korang boleh nantikan video kami bersama Azfar Heri tidak lama lagi di YouTube LunariaTV.

BELLA KHAN

Bella Khan boleh masuk geng dengan Azfar Heri sebab dua-dua masuk air dan mereka jadi diri sendiri bila berhadapan dengan kamera. Tengok sahaja cara Bella, selamba je dia record video dalam keadaan tak mandi dan tak makeup. YouTuber lain mana sanggup nak tunjuk bare face mereka di depan kamera. Kebanyakan content Bella ialah tentang kehidupan harian dia. Tapi video dia telah berjaya memberi inspirasi kepada siapa sahaja yang menonton. Siapa je yang sanggup habiskan duit sebanyak RM1,000 shopping dekat Shopee? Ini memang idola untuk kita kumpul duit dan berjaya macam Bella!

Sebenarnya kalau nak jadi YouTuber yang bagus kita kena mempunyai content yang menarik serta memberi inspirasi atau contoh yang baik kepada yang menonton. At least orang yang tengok pun dapat manfaat daripada video kita, bukan setakat tengok dan habis macam itu sahaja. Kalau content menarik mesti ramai orang akan suka, so make sure kaji dulu content sebelum korang nak buat YouTube channel sendiri.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fakta Disebalik Produk Timbang Kilo Yang Mungkin Kita Tak Tahu

Tips Wujudkan Perbualan Yang Menarik Dengan Kawan Baru