in ,

4 Niat Salah Kalau Nak Bercinta!

Sumber gambar: Tee Lunaria

Orang lain bercinta, dia pun nak bercinta. Tapi gaya tu macam tak ready je lagi nak bercinta?

Hi sis! Tengah nak mula bercinta ke tu? Dah ready ke belum nak masuk fasa percintaan? Atau korang belum lagi ready lagi nak mula bercinta? Tapi better korang tak payah bercinta kalau korang sendiri…

TAK MOVE ON

via GIPHY

Baru lepas putus cinta, tiba-tiba nak mula kisah cinta dengan orang lain pula? Confirm ke dah move on? Atau korang nak cari boyfriend baru semata-mata untuk hilangkan rasa bosan atau kesunyian? Jangan korang jadikan boyfriend baru tu as rebound pula ya. Kalau tak move on lagi, better tak payah nak mula bercinta lagi.

MENUNJUK DEKAT KAWAN

via GIPHY

Tengok orang lain ada boyfriend, dia pun sibuk nak boyfriend juga? Baik tak payah ada boyfriend kalau macam tu. Kesian si dia jadi kambing hitam untuk korang tunjukkan dekat kawan-kawan. Jangan la mainkan hati orang lain dengan cara macam tu. Kesian si dia berharap sendirian begitu. Buatnya si dia tahu niat sebenar korang, confirm malu lepas tu.

NAK BALAS DENDAM DEKAT EX

via GIPHY

Bulan lepas baru breakup dengan ex boyfriend, sekali minggu ni si dia dah ada girlfriend baru. Korang pun apa lagi, mesti la nak cari boyfriend juga untuk bagi si dia jealous. Padahal korang bukan ada feeling sangat pun dekat boyfriend baru tu. Better tak payah bercinta ya girls, tak baik bagi harapan dekat orang lain. Tah-tah ex tu tak kisah pun kalau korang ada boyfriend baru!

MANGHILANGKAN BOSAN

via GIPHY

Orang biasa cuti sekolah mesti keluar dengan kawan-kawan or spend time dengan family. Lagi best ada juga yang keluar dengan boyfriend, lepak chill dekat kafe. Tapi sebabkan korang tak ada boyfriend, maka korang pun cuba la cari. Semata-maat nak hilangkan rasa bosan dan kekosongan di hari-hari yang seterusnya. No no no nanti bila bosan je korang cari dia, bila tengah happy biar je dia tergantung sepi tak bertali.

Ingat, bercinta bila dah ready ya. Hmm tapi rasanya baik sekarang ni korang tak payah nak bercinta. Fokus pada pelajaran je sekarang ni. Tak payah nak bercinta bagai. Habis SPM nanti baru la cari boyfriend ya, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bosan Cuti Sekolah? Try Layan Movie Ini

Benda Yang Korang Perlu Tahu Tentang Boba Tea!