in ,

4 Menu Air Manis Special Untuk Berbuka Puasa

Sumber gambar: Flickr.com

Selalunya kalau pergi bazar Ramadhan, confirm akan pening kepala nak pilih beli air apa dekat sana. Semua air rasa sedap je dekat tekak ni tapi sampai rumah tak minum pun!

Siapa suka macam tu angkat tangan sikit! Sebab kita boleh geng, hehe! Sebenarnya sikap macam tu tak elok juga tau, kita membazir beli bermacam-macam jenis air walhal bila dah berbuka nanti tak minum semua pun air tu. Silap haribulan air tu tempatnya dekat sinki je la, buang macam tu je.

But since this year kita tak ada bazar Ramadhan, korang pun kena la buat air sendiri dekat rumah. Of course dah tak membazir sebab boleh agak berapa banyak air perlu dibuat untuk mencukupi satu keluarga. Tapi takkan hari-hari nak minum air sarsi, air oren atau air sirap je? Mesti la nak buat air lain kan? So today Ainaa akan share dengan korang beberapa resepi air yang sedap dan boleh dibuat dekat rumah je guys! Jom check it out

TEMBIKAI RAMBUTAN

View this post on Instagram

Vlog Puasa 1 โ€“ TEMBIKAI RAMBUTAN (KOS: Dalam RM 8) Tembikai laici macam dah biasa sangat, kalini, kita try buat something different Personally, aku rasa combination ni power jugak Minum banyak2, lepastu asyik pergi toilet pastu BAHAN-BAHAN : ๐ŸŒ• 1 tin rambutan with syrup ๐ŸŒ• Tembikai (Separuh) ๐ŸŒ• Serbuk Asam Boi CARA-CARA : ๐ŸŒ• Blend dulu tembikai yang dah dipotong sekali dengan asam boi and sikit sirap dari rambutan tin ๐ŸŒ• Tapiskan serat tembikai, kita nak jus shj, tapi kalau suka serat then takyah la tapis ๐ŸŒ• Masukkan ais secukupnya, tambah rambutan di atas ๐ŸŒ• Tuang air tembikai dan tambah serbuk asam boi secukup rasa FOLLOW: IG: @syafkun Fb: Syaf Kun No prejudice. All material owned by Pav. PLT #beauty #beautiful #travel #hacks #makan #malaysia #2020 #minum #pkp #lifehacks #ramadan #fashion #fashionista #vlog #cat #kualalumpur #catsofinstagram #resipi #entrepreneur #puasa #food #foodie #lapar #eat #recipe #tasty #foodporn #juice #kitty #syafkun

A post shared by Syaf Kun (@syafkun) on

Paling simple, tapi sedap! Siapa je yang akan tolak air tembikai ni? Dapat minum waktu panas-panas memang onz teruk la! Satu gelas pun tak cukup, at least kena minum sampai satu jug, haha! Tapi dibulan Ramadhan ni, kena la tahan nafsu tu sikit. Minum banyak sangat air tembikai ni nanti kembung pula perut korang tu, dah susah nak solat nanti. Resepi kita mudah sahaja, korang hanya perlu beli buah tembikai, serbuk asam boi dan juga satu tin air rambutan. Mana nak dapatkan rambutan? Korang pergi cari dekat supermarket, dekat situ ada jual banyak jenis air dalam tin antaranya air buah rambutan. Tapi kalau korang tak makan rambutan, tukar sahaja dengan air laici. Confirm korang akan repeat buat air tembikai rambutan ni tau.

AIR SAGU GULA MELAKA

View this post on Instagram

Puasa Day 1 : Air Sagu Gula Melaka . . Bahan2/Ingredients: ๐ŸŒ•1 periuk air mendidih (1 pot boiling water) ๐ŸŒ•1 cawan sagu/sago (1 cup sagu/sago) ๐ŸŒ•3 sudu sirap (3 tbsp rose syrup) ๐ŸŒ•2 cawan air (2 cups water) ๐ŸŒ•2 helai pandan (2 pandan leaves) ๐ŸŒ•2 keping gula melaka saiz sederhana (2 medium sized palm sugar) ๐ŸŒ•1 sudu gula pasir (1 tbsp white sugar) ๐ŸŒ•Susu cair (evaporated milk) . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2020 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #ramadan #puasa #30hari30resepi #sahur #berbuka

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Sambil minum, sambil makan. Macam mana? Caranya ialah dengan buat air sagu gula melaka. Biasa kita makan kuih sagu gula melaka je kan? Kali ni kita jadikan ia sebagai air. Simple je cara nak buat air ni, tapi perlukan banyak step sahaja. Nak senang korang minta tolong kakak atau mak korang sekali, baru la cepat sikit air sagu gula melaka korang siap. Air ni ada rasa berlemak manis-manis sikit sebab kita ada masukkan air gula bersama dengan susu cair. Perghhh, memang sedap ni guys! Terus hilang rasa dahaga sehari suntuk berpuasa, hehe!

3 LAYER TEA

Rindu nak lepak mamak sambil minum air teh? Jangan risau, sekarang ni korang boleh buat sendiri dekat rumah! Tapi kali ni kita buat triple iaitu air teh 3 layer! Air ni boleh dikatakan ala-ala air thai tea dekat Thailand tu. Kalau siapa yang pernah minum air tu mesti korang tahu macam mana sedapnya air ni tau. Kali ni kalau buat sendiri dekat rumah memang sedap la guys! Cuma korang boleh buat pilihan sama ada nak buat air ni versi manis tau kurang manis. Tengok je la resepi ni, bukan main banyak susu dan gula, so korang boleh pilih kalau nak kurangkan kemanisan tu sebab yang manis dah ada dekat korang. Biasanya kalau dekat kedai hipster, air ni akan mencecah RM10 atau lebih, walhal kalau buat sendiri tak mahal pun. Semua bahan ada dekat rumah sendiri kan. Jangan lupa cuba okay guys!

AIR SAMPAH SEJUK

Oopss, before that jangan marah, kita bukan minum air sampah tapi nama je macam tu sebab ada banyak bahan yang digunakan. Atau nama lain yang digunakan ialah air soda herba. Biasanya air ni dijual dekat pasar malam, uptown atau dekat gerai air tepi jalan. Korang sendiri nampak dekat dalam tempat air tu pun penuh dengan bermacam-macam bahan kan? Apa yang unik bagi air ni ialah ada serai, biasa orang letakkan serai dekat dalam makanan, tapi ni kita letak dekat dalam air. Rasanya memang sedap dan menyegarkan! Dapat minum waktu berbuka puasa tu memang sedap, hilang terus rasa dahaga. Haihh, Ainaa pula rasa tak sabar nak buat air ni waktu berbuka kejap lagi, hehe!

Lepas ni korang mesti dah tak bosan berbuka dengan air yang sama je. Tapi make sure jangan lupa minum air masak juga ya. Air masak tu lebih berkhasiat berbanding air manis-manis ni.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Kurangkan Mencarut Paling Simple

Top 4 Apps Order Makanan Untuk Berbuka Puasa