in ,

4 List Drama Bulan Ogos Menanti Peminat K-Drama

Sumber gambar: Instachronicles.com

Alamak, drama It’s Okay To Not Be Okay dah habis… lepas ini nak layan K-drama apa lagi pula?

Kalau drama favorite korang dah nak habis, apa yang korang buat? Tunggu drama baharuย  ditayangkan atau stop sekejap sebelum ada drama best masuk? Ikutkan setiap bulan akan ada banyak drama baru akan ditayangkan, lagi-lagi untuk K-drama. Satu drama dah habis, boleh tengok drama yang lain. Ada banyak lagi Kdrama yang tak sempat tengok, setiap bulan ada sahaja drama baru yang akan ditayangkan sampai tak sempat nak tengok semua drama. Memandangkan sekarang ini sudah masuk bulan Ogos, nampaknya ada lagi K-drama baharu untuk korang… Jangan lupa untuk masukkan sekali di dalam list drama bulan yang lepas ya.

LOVE ALARM 2

Wow, Love Alarm yang season 1 pun tak habis tengok lagi, sekali dah keluar ya Love Alarm 2! Drama original Netflix ini dikatakan bakal menemui penonton pada 22 Ogos dan turut ditayangkan di Netflix seperti season 1 dahulu. For those yang tak tahu, drama Love Alarm ini mengisahkan tentang masyarakat umum yang menggunakan satu aplikasiย untuk mengetahui siapa orang yang sukakan mereka. So daripada situ senang nak cari jodoh, on alarm terus dapat tahu siapa orang terdekat dalam jarak 10 meter yang menaruh hati terhadap kita. Korang nak tahu apa yang terjadi pada kisah percintaan tiga segi antara Kim Jo Jo, Lee Hye Young dan juga Hwang Sun O? Adakah appย Joalarm itu akan memberitahu siapa sebenarnya jodoh mereka? Tunggu 22 Ogos ini ya!

DO YOU LIKE BRAHMS

Drama terbitan SBS ini akan menampilkan pelakon utama seperti Pak Eun Bi dan Kim Min Jae. Do You Like Bhrams menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar yang sangat gemarkan bidang muzik yang mana Park Joon Young ini mula meminati piano sejak dia berusia enam tahun. Ketika itu dia banyak memenangi pertandingan terkemuka di negara sebelum menjadi wakil dan bertanding di di seluruh negara. Pada masa yang sama, Chae Song Ah merupakan seorang pelajar senior di sebuah kolej yang turut mengambil bahagian dalam persembahan biola. Satu kejadian terjadi membuatkan mereka berdua jatuh cinta tetapi pada masa yang sama masing-masing tetap mahu meneruskan minat dalam bermain biola. Drama ini bakal disiarkan pada 31 Ogos ini.

DO DO SOL SOL LA LA SOL

Genre utama drama ini ialah romatik comedi bercampur dengan muzik ini bakal ditayangkan pada 26 Ogos ini di Netflix. Pelakon bagi drama ini antaranya ialah Lee Jae Wok, Go Ara dan ramai lagi. Mengisahkan tentang Go Ra Ra lakonan Go Ara yang merupakan seorang pemain piano tetapi tanpa disangka suatu hari keluarganya jatuh bankrupt sehingga membuatkan dia berasa tertekan kerana tidak memiliki apa-apa. Manakala Sun Woo, lakonan Lee Jae Wook pula seorang yang berjiwa besar, tidak hirau apa yang orang katakan tentang dirinya dan juga seorang yang sangat berahsia. Suatu hari mereka berdua telah bertemu di sebuah akademi piano bernama LaLa Land yang terletak di sebuah perkampungan kecil. Pertemuan itu telah mengubah hidup mereka dan tanpa disangka satu perasaan cinta mula berputik. Nampaknya kena tunggu drama ini disiarkan ya untuk tahu tentang kisah cinta mereka.

LOVE IS ANNOYING, BUT I HATE BEING LONELY

Tengok tajuk sahaja dah rasa complicated ya drama ini. Tak suka bercinta tapi tak mahu rasa sunyi. Macam mana sebenarnya?

Love Is Annoying, But I Hate Being Lonely ini menceritakan tentang dua jiwa yang tidak bersetuju dengan perasaan jatuh cinta. Mereka berdua hidup di bawah bumbung yang sama tetapi masing-masing tidak berkomunikasi antara satu sama lain. Bagi mereka, perasaan cinta itu merupakan satu perasaan yang akan mengganggu diri walaupun hakikatnya masing-masing akui bahawa mereka sedang berasa kesunyian. Drama complicated ini akan dibintangi oleh Ji Hyun-woo dan Kim So-eun serta bakal bersiaran pada 11 Ogos ini menerusi siaran MBC.

Apa pun, habiskan dahulu drama yang korang tengah layan sekarang ini ya sebelum nak tengok drama lain. Selamat menonton!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Selebriti Yang Pernah Banggakan Nama Malaysia

Cubaan Bunuh Diri, Mina EX AOA Masuk Hospital