in ,

4 Langkah Penting Sebelum Shopping Baju Online

Sumber gambar: werinteractive.wordpress.com

Bestnya ada banyak sale online! Mesti murah semua barang dekat sana. Kena beli cepat, takut tak sempat nak dapat harga murah pula!

Amboi amboi, seronok ya sebab sekarang tengah ada banyak sale online. Ada yang tengah pakat dengan family shopping online? Tapi pernah tak korang rasa ragu-ragu waktu nak beli baju sebab takut salah size atau tak selesa bila pakai? No worries girls, Ainaa akan bagi tips untuk korang before beli baju online okay?

CHECK SIZE

via GIPHY

Biasanya baju yang dijual onlineΒ kebanyakannya ikut size orang China. Dan kebiasaannya saiz ukuran lebih kecil daripada kita. So, apa yang korang kena buat ialah pastikan dulu size badan korang dan check dulu size chart yang diberikan oleh seller. In case kalau tertera dekat situ size standard or free size, tetap juga kena check sebab takut bila korang pakai, menggelebeh pula. Lain jenama lain sizenya tau girls, langsung tak sama semuanya. Tapi kalau susah sangat, korang double check terus dengan seller dan tanya tentang size terus ya.

KETAHUI JENIS KAIN

via GIPHY

Sekarang ada banyak sangat jenis kain. Contohnya cotton, lycra dan banyak lagi. Biasanya kita takkan dapat agak jenis kain dengan hanya tengok dekat gambar je, mesti kena pegang atau tanya pada seller. Ada certain kain bila sekali basuh, terus kecut! Sakit betul hati kalau dapat baju jenis kain macam itu. Make sure juga kalau baju jenis see through, kena pakai baju lapik dekat dalam macam inner, tak adalah nampak badan korang dekat dalam. Lagi best kalau dapat kain yang jenis serap peluh, baru selesa bila pakai.

BACA REVIEW

Image result for online review
vividreal.com

Setiap sellerΒ akan share review daripada buyer. Tapi kalau dekat Instagram, mesti review yang baik-baik je akan dikongsikan, yang negative takkan dikongsikan. Apa yang perlu dititipberatkan ialah sama ada buyer komen tentang kualiti kain dan servis yang diberikan oleh seller. Kalau korang nak tengok review jujur yang ada komen negative dan positive, beli dekat mana-mana online website. Dekat sana macam-macam komen korang akan baca dan boleh nilai sendiri sama ada berbaloi atau tidak beli dengan sellerΒ tersebut. Korang kena rajin buat surveyΒ ya girls.

CUTTING BAJU DAN DESIGN

Image result for aesthetic blouse outfits
www.pinterest.co.uk

Seller sehabis baik akan promote barang jualan pada buyer. That’s why korang kena bijak pilih seller. Baca semua caption yang ditulis berkenaan baju yang dijual. Seller akan bagitahu size pakaian lebih kecil atau lebih besar. Biasanya kalau free size kena fikir banyak kali, in case korang badan kecil takkan nak pakai baju free size yang besar? Mesti tak cantik nanti betul tak? Baju yang ada cutting macam slim fit, straight cut dan fare pun kena ambil berat juga ya. Ada certain orang tak sesuai dengan cutting yang ada. So sebab itulah korang kena tahu badan korang sesuai dengan cutting dan design yang macam mana.

Kalau korang praktikkan tips yang Ainaa bagi ini, insyaAllah tak ada masalah nak beli baju online. Ehemm, next week ada banyak sale rasanya dekat semua online shop. Korang dah ready ke nak pujuk mak belikan barang korang? Good luck!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perangai β€˜Special’ Budak Sekolah! Korang Macam Ini Tak?

Jenis Colour Corrector Akan Tolong Cover ‘Masalah’ Kita!