in ,

4 Kumpulan K-Idol Keluarkan Album Baru 2020

Sumber gambar: www.zedge.net & Pinterest.com

Di sebalik wabak Covid-19 yang membataskan pergaulan kita dengan orang luar, industri muzik Korea tetap tidak suram dengan kehadiran kumpulan K-Pop baru seperti My.st dan TOP. Ada tak antara korang dah mula stan kumpulan baru ini? Lagu mereka boleh tahan juga.. Bulan lepas dan bulan ini ramai K-Pop sepatutnya adakan konsert tour mereka, tapi memandangkan sekarang kita harus putuskan rantai wabak Covid-19, kebanyakan konsert dibatalkan dan banyak K-Idol mula buat konsert di social media sahaja.

Namun, ada beberapa kumpulan K-Pop akan buat comeback and release album mereka tak lama lagi! Ada juga kumpulan yang akan hiatus selepas release album mereka.. aduh! Suka dan duka dalam satu masa.. Berikut adalah kumpulan K-Pop ternama yang telah mengesahkan akan membuat kemunculan semula dengan album terbaru mereka dalam tempoh dua bulan akan datang.

WINNER

Sumber gambar: Starbiz.net

WINNER telah mengeluarkan album ketiga mereka pada 9 April 2020 lalu tanpa Jinu. Kalau korang nak tahu, kebanyakan lagu dalam album mereka kali ini lebih sentimental dan personal. WINNER sendiri pilih beberapa lagu daripada first album mereka khas untuk fandom mereka, Inner Circle! Dan ada juga lagu baru mereka adalah ciptaan sendiri daripada Kang Seung Yoon dan Song Mino sebagai dedikasi kepada Jinu dan InnerCircle. Lagu ‘Hold’ merupakan single utama, tapi LUNARIA jatuh cinta dengan lagu ‘Remember’. Inner Circle pula?

GOT7

Sumber gambar: Kprofiles.com

Bagi iGOT7 yang dah tidak sabar menanti kemunculan semula GOT7, kumpulan ini akan mengeluarkan album terbaru berjudul ‘DYE’ menjelang 20 April 2020 ini. Set calendar korang siap-siap okay! Youngjae, Jinyoung, Mark Tuan, Jackson Wang, BamBam, Im Jae Bom (JB) dan Yugyeom bersedia untuk memanah hati fandom mereka dengan lagu-lagu berentakkan pop terkini. Lagu ‘Not By The Moon’ dijadikan sebagai single utama dengan mesej tertulis, “Jangan bersumpah di bawah sinaran rembulan”. Gittew mesej dia!

Got7 sepatutnya dijadualkan untuk mengadakan konsert di Malaysia pada Mac lepas tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir disebabkan wabak Covid-19.

NUEST

Sumber gambar: Nuest.fandom.com

Kembalinya Hwang Minhyun kepada kumpulan NUEST setelah dipinjamkan oleh Wanna One selama hampir dua tahun, sememangnya membawa tuah kepada kumpulan NUEST. Sejak kembalinya Minhyun, NUEST sudah mengeluarkan dua album iaitu ‘BET BET’ pada April dan ‘Love Me’ pada Oktober tahun 2019. Penantian peminat selama tujuh bulan agak berbaloi kerana mereka dijadualkan akan melancarkan album terbaru pada Mei 2020. Yas! Tapi guys, tarikh masih dirahsiakan. LUNARIA akan update bila tarikh mereka diumumkan okay!

MONSTA X

Sumber gambar: Filmdaily.co

Selepas promosi di Jepun pada bulan April 2020 ini, Monsta X untuk kembali semula pada bulan Mei 2020 dengan album terbaru mereka dengan lebih bersemangat! Tapi judul album dan tarikh pelancarannya masih belum diumumkan lagi. Setakat ini, Monsta X tidak menangguhkan rancangan mereka untuk melancarkan album tersebut.. Harapnya plan mereka untuk release album bulan Mei ini menjadi! Walaupun tanpa kehadiran Wonho, Monsta X bersedia untuk berdiri teguh sebagai satu kumpulan! Monbebe kena pastikan yang korang sentiasa sokong kerjaya mereka.

Ramai yang terkesan akibat wabak Covid-19 ini.. Tapi jangan jadikan ia satu alasan untuk kita patah semangat! Tengok K-Idol kita tetap gigih dan bersemangat untuk hiburkan fandom masing-masing walaupun terpaksa tangguh dan batalkan beberapa konsert untuk keselamatan kita bersama. Jangan risau, mungkin lepas selesai wabak Covid-19 nanti akan ada jadual concert tour 2021? Kita sama-sama nantikannya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perasaan Sebenar Pelajar Sekolah Bila Cuti Lama

Bosan Kuarantin, BTS Jadi Penjual Pasar Tani!