in ,

4 Kesalahan Biasa Penyebab Bulu Mata Sendu

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Bestnya tengok bulu mata dia melentik, kena apply mascara tebal-tebal ni baru boleh cantik macam mata dia.

Girls, jangan ingat nak bulu mata cantik je kita kena apply mascara sampai satu botol tau. Susah nanti nak cuci mascara kalau korang pakai tebal sangat sampai berlapis macam tu. Kalau pakai yang waterproff tu lagi la struggle nak tanggalkan. End up bulu mata pun tercabut dan korang pun menangis di bucu tandas sebab bulu mata dah hilang.

via GIPHY

Cuba tengok balik, agak-agak ada tak kesilapan yang korang lakukan sewaktu memakai mascara? One of kesalahan yang korang mungkin lakukan ialah apply mascara dengan sangat tebal. Selain itu kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la terus baca artikel ini okay, sama-sama kita ubah kesalahan yang biasa kita lakukan tu…

APPLY BAGAI TIADA HARI ESOK

Chelsea's Style Tips: Thick and Clumpy Mascara
Sumber gambar: Chelsea

Semata-mata nak nampak bulu mata melentik punya pasal sampai apply mascara berkali-kali sampaikan bulu mata tu pun dah jadi keras kejung. Korang mesti ingat kalau apply mascara tebal-tebal, bulu mata akan jadi lebih melentik kan? Tapi sayangnya tidak sama sekali sebab bulu mata korang akan jadi bergumpal dan mengeras. Sebaiknya korang hanya apply mascara mengikut kesesuaian sahaja, jangan tebal sangat ya.

TARIK TEGAK TANPA GETARAN

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Cara yang sebenar untuk memakai mascara untuk buatkan bulu mata melentik dan kelihatan tebal ialah apply secara zig-zag, bukannya tarik ke atas sahaja. Kalau korang keep on apply mascara dengan cara macam tu, bulu mata akan jadi tegak dan tidak melentik walaupun korang dah pakai eyelash curler sekali pun. Mulakan apply mascara secara perlahan dari bahagian depan bulu mata, tengah dan akhirnya dari belakang. Confirm hasil bulu mata korang itu akan melentik dengan jayanya.

APPLY MASCARA DARI DEPAN KE BELAKANG

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Sebaiknya kalau nak hasil bulu mata yang melentik bagai tiada hari esok, korang kena apply mascara bermula dari akar bulu mata ke hadapan. Dengan cara itu, bulu mata confirm akan melentik. Tapi let say korang sejenis yang apply mascara dari hujung bulu mata ke pangkal, hasilnya nanti akan mengecewakan. At the same time kalau taknak ada bekas mascara yang tertinggal dekat bawah mata, apply dulu mascara dekat bahagian bawah sebelum terus apply di bahagian bulu mata atas. So that nanti kalau comot dekat belah bawah tu, boleh la terus cuci dengan menggunakan makeup remover.

TERUS APPLY MASCARA SEBELUM GUNA EYELASH CURLER

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Takpe la, lepas pakai mascara la baru pakai eyelash curler ni… Sama je kan hasilnya, tak ada beza pun.

Nope, tetap ada perbezaan yang ketara dan kalau korang selalu pakai eyelash curler selepas menggunakan mascara, sila hentikannya dengan kadar segera. Itu merupakan kesilapan yang tidak boleh dimaafkan… Ia akan menyebabkan bulu mata ‘patah’ sekiranya dilakukan dengan begitu kerap. Bukan itu sahaja, eyelash curler pun akan dikotori dengan sisa mascara yang korang gunakan. Let say eyelash curler korang itu dah kotor sangat, sila la cuci dengan cara rendam seketika di dalam air panas sebelum dicuci menggunakan makeup remover. Amalkan cara penjagaan kebersihan ini at least dua minggu sekali supaya eyelash curler sentiasa dalam keadaan bersih.

Part mana yang korang selalu buat silap tu? Kalau Ainaa sendiri, of course la apply bagai tiada hari esok sebab suka sangat tengok bulu mata melentik lain macam! Baru la boleh feeling macam Che Ta, bulu mata macam batang penyapu panjangnya, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Special Hadapi Cikgu Garang

6 Sebab Sebenar Selebriti Korea Jarang Bercinta