in ,

4 Jenis Makanan Untuk Ganti Kek Birthday

Sumber gambar: http://yokuk.org/our-services/perkhidmatan/

Korang suka tak bila sampai birthday korang? Mestilah sukakan? Sebab waktu itu saja yang kita boleh reward diri kita dengan banyak benda. Nak makan, shopping, jalan-jalan dan banyak lagi aktiviti yang kita boleh buat. Biasanya, kalau birthday saja akan makan kek kan? Sangat typical.. Apa kata kita buat kelainan sikit.. Kita ganti kek dengan.. 

PIZZA

Sumber gambar:

Ada yang tak suka pizza? Memang rugi! Pizza ini adalah ibarat mood maker food yang buatkan orang sangat happy sebab korang boleh pilih apa saja flavour dan topping yang korang suka. Letak pula cheese tabur banyak-banyak dan cucuk lilin keliling crust dia! Confirm birthday korang akan lebih happening.

LASAGNA

Sumber gambar:

Tak ramai yang suka hidangkan lasagna waktu hari jadi, tapi ia adalah makanan yang paling best untuk dimakan sewaktu hari lahir korang sebab ia lain daripada yang lain. Korang boleh saja cuba kek lasagna yang mana ia sangat mudah disediakan dan berbeza dari kek yang biasa macam sebelum ini. Nak buat size besar boleh, kecil boleh.. Asalkan nanti jangan lupa cucuk lilin okay!

FRIED CHICKEN

Sumber gambar:

Ini Zoe paling suka! Sekarang ini dimana-mana semua orang suka sangat makan ayam! Ayam Korea, ayam seringgit, ayam gunting dan banyak lagi jenis ayam goreng yang dijual mengikut kegemaran masing-masing. Jadi, untuk peminat ayam goreng, korang boleh request kek ayam goreng untuk birthday nanti.

MAC AND CHEESE

Sumber gambar:

Mac and cheese kalau kerap sangat makan kita akan jadi muak. Jadi, bukankah ia lebih baik kalau kita jadikan hidangan ini yang paling special sewaktu hari lahir. Waktu birthday nanti letaklah cheese banyak-banyak sampai meleleh dan lepas itu korang bake! Memang best

Lepas ini, #Lunagirls dah tak payah fikir nak makan apa waktu birthday korang. Cuba saja makanan yang Zoe dah share ini dan kalau nak cuba menu yang lain-lain pun boleh.. ikut citarasa masing-masing. So, untuk siapa yang menyambut hari lahir dia hari ini, Happy Birthday awak! Semoga bahagia dan dipanjangkan umur!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Nak Buat Dengan Kawan Yang Busy Body?

Camera Iphone 11 Pro ‘Sama’ Dengan Boba Tea?