in ,

4 Benda Korang Kena Terhadkan Untuk Fokus Dalam Pelajaran

Sumber gambar: forbes.com

Sedar atau tidak, sebenarnya banyak sangat perkara di sekeliling kita sebagai pelajar yang selalu menganggu fokus kita dalam pelajaran. Hanya tergantung pada diri kita sahaja sama ada mampu bawa diri untuk bahagikan semua perkara dengan baik atau tidak. Akan tetapi korang tahu atau tidak perkara-perkara yang selalu distract korang dalam pelajaran ini? Sebab ada orang yang memang tahu dan ada yang memang tak sedar dan tak tahu langsung tentang perkara yang sepatutnya mereka terhad kan untuk fokus dalam mengejar kejayaan semasa belajar. Okay, jadi biar kami beritahu korang antara empat benda yang korang wajib terhadkan untuk fokus dalam pelajaran.

JANGAN FIKIR CRUSH SANGAT

via GIPHY

Memang tak dinafikan, zaman belajar ini lah memang kita nak merasa cinta monyet dan sebagainya. Tak salah langsung untuk korang ada crush dan fikir tentang mereka. Akan tetapi kalau korang terlalu fikir sangat kenapa crush reject diri korang ke, kenapa crush tak layan dan sebagainya itu. Apa kata korang peduli kan sahaja perkara remeh seperti itu? Why not korang fokus sahaja belajar dan nanti lama-lama korang akan jumpa orang yang lebih baik dari crush korang itu tau.

TERLALU BANYAK MAIN

via GIPHY

Bermain dengan kawan-kawan zaman sekolah ini memang seronok dan kita tak boleh lepaskan langsung masa dan saat sebegini. Walau bagaimanapun, korang pun tak boleh lah terlalu banyak bermain dengan kawan-kawan sampai semua hal dalam akademik terabai. Kalau boleh dengan kawan korang itu juga, korang main-main bersama dan belajar pun bersama. Sekurangnya, nanti di masa hadapan bila korang boleh lah throwback semula susah senang korang zaman belajar ini.

BERANGAN BENDA TAK PASTI

via GIPHY

Selain dari itu, korang juga perlu kurangkan berangan benda-benda yang tak pasti terjadi. Contohnya, kahwin dengan K-Pop oppa korang ke, nak kahwin awal ke, dapat duit banyak jatuh dari langit ke dan sebagainya. Berangan itu pun sebenarnya tak salah sebab ia percuma untuk semua orang tetapi kalau korang berangan perkara yang lebih baik, mungkin satu hari ia boleh impian dan cita-cita korang yang memang korang boleh capai, kan itu lebih bagus sebab mendatangkan manfaat untuk diri korang.

KURANGKAN MAIN HANDPHONE

via GIPHY

Seterusnya, korang perlu kurangkan main phone korang sebab kalau korang perasan, zaman sekarang memang ramai orang yang addict untuk spend masa mereka dengan hal yang ada di telefon. Apa kata, selepas ini korang terhadkan masa korang dengan internet dan media sosial kepada enam ke tujuh jam sahaja sehari.Β 

Bukan tak boleh langsung untuk korang buat semua perkara ini, tetapi kalau antara hal itu yang selalu mengganggu korang dalam hal pelajaran sebaiknya korang terhadkan lah dahulu buat sementara waktu sehingga korang betul-betul boleh fokus untuk kejar kejayaan buat diri sendiri dahulu. Nanti, jangan sampai bila dah besar kang, hanya tinggal penyesalan untuk diri sendiri pula. Apa-apa pun, korang mesti tahu apa yang terbaik untuk diri korang. Jadi, buat apa yang perlu dahulu okay! Hehe!Β 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Isu Lagu Sumpah, Dayana Tuntut Pengakuan Daripada Naim

Budak 16 Tahun Celebrate Birthday Di Hotel?