in ,

4 Barang Wajib Korang Bawa Semasa Hiking

Sumber gambar: Lunaria

Ada tak antara korang yang tengah baca ini suka pergi hiking? Tak kisahlah bukit atau gunung, tapi korang memang suka pergi hiking? Tak pun, pernah tak korang cuba nak join hiking di sekolah tapi macam was-was sebab takut korang sendiri yang tak yakin dengan diri sebab takut pancit? Haha! Tak ada apa-apalah yang akan jadi sebab kami ada tips yang berguna untuk korang yang memang suka hiking dan nak cuba hiking! Tak salah cabar diri untuk buat sesuatu yang baru.. common gais…..dah 2020!

AIR

Sumber gambar: hiking rex

Seperti yang ramai tahu, air adalah sumber paling penting yang perlu kita bawa ke mana sahaja. Tak kisahlah korang tengah duduk relax di rumah ke, kelas ke atau di mana sahaja, air memang paling nombor satu penting dalam hidup. Ha! Jadi kalau korang tak bawa air waktu pergi mendaki bukit atau gunung, korang akan mudah keletihan. Bukan setakat itu sahaja, bibir korang boleh jadi kering, tenaga korang hilang dan banyak lagi kesan tak best boleh jadi kalau korang tertinggal air.

MINYAK ANGIN

Sumber gambar: buka lapak

Minyak angin pun korang jangan lupa bawa sebab kalau nak hiking sebab sudah pasti kawasannya hutan betul tak? Jadi, kita tak boleh jangka apa yang bakap terjadi. Sebaiknya, bawa minyak angin siap sedia sebab kalau korang tiba-tiba masuk angin, rasa nak pengsan, pening atau sakit perut… Korang sapu terus minyak angin yang korang bawa itu. Iyalah, dalam hutan di mana pula nak dapat minyak angin.

TUALA

Sumber gambar: Lunaria

Tapi bukan tuala mandi korang itu tau! LOL! Bawa tuala kecil sederhana semasa hiking untuk lap peluh korang. Memang perlu sebab kalau korang dah naik turun mendaki itu dalam keadaan lencun dek peluh macam mana? Nanti tak selesa dan akan rasa rimas dengan peluh sendiri! 

LAMPU

Sumber gambar: olx

Ini kalau korang bakal pergi hiking dalam keadaan gelap contohnya pada waktu awal pagi. Lampu adalah barang paling penting sebab dalam hutan yang gelap itu korang tak tahu ada haiwan apa, ada apa yang dalam hutan itu. Jadi untuk keselamatan korang, bawa siap-siap lampu supaya tak akan ada sebarang masalah.

HIKING STICK

Sumber gambar: RichWalking

Hiking stick ini pun antara salah satu barang yang paling function semasa korang nak hiking nanti sebab ia boleh bantu korang untuk berjalan dengan lebih steady waktu mendaki nanti. Bukan setakat itu sahaja, let say kalau tiba-tiba ada haiwan seperti ular, monyet, tupai dan lain-lain nak serang korang waktu tengah perjalanan hiking? Korang bolehlah tolak ia supaya tak ganggu korang. Ingat tau, jangan pukul haiwan dengan hiking stick, cukup sekadar tolak mereka ke tepi.

Kalau korang perasan, barang-barang semasa hiking yang kami kongsikan ini sebenarnya tak menyusahkan korang untuk bawa beg langsung pun sebab korang boleh masukkan dalam poket sahaja kecuali air. Ala, air itu korang bawa beg botol sahaja pun dah cukup, setuju tak? Kalau korang yang berpengalaman hiking dan sudah senior dalam dunia hiking ini, korang bolehlah share komen dengan kami barang apa lagi yang wajib kita bawa sebab mana tahu ia berguna untuk kawan-kawan baru nak berjinak-jinak ini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Orang Muda Juga Berisiko Kena Kanser? Biar Betul?

No More Double Chin, Jom Buat Senaman Ni!