in ,

4 Barang Penting Mesti Ada Dalam Bag!

Selalunya kalau kita keluar, beg itu ibarat satu benda yang kita tidak akan tinggalkan sebab dalam itulah kita nak letak make up, pad dan lain-lain. Tapi awak semua tahu tak, ada beberapa barang yang penting kita wajib bawa dalam beg sebab benda ini bukan sahaja function waktu korang emergency tapi ia sangat diperlukan pada bila-bila masa sahaja.

BUKU NOTA

via GIPHY

Buku nota ini sangat function waktu korang bosan nak melukis atau karang sesuatu atau waktu korang perlu tulis sesuatu yang penting waktu tengah terkejar-kejar. Ya, walaupun telefon kita boleh saja save notes bila-bila masa tapi what if kalau waktu itu bateri dah ‘nazak’ dan lupa bawa powerbank

MINYAK ANGIN

Sakit perut dan pening kepala itu bila-bila masa saja boleh ‘singgah’ dekat diri kita ya kalau #Lunagirls nak tahu. Selain itu, kita boleh bersedia untuk bantu orang lain juga. Mana tahu ada orang tua yang sakit waktu korang dalam public transport, bolehlah korang hulurkan bantuan. Buat baik itu kan perkara yang semua orang suka. 

Sumber gambar:

LIP BALM

Kenapa lip balm adalah salah satu barang yang penting? Sebab cuaca di Malaysia agak panas dan lembab. Ia juga boleh menyebabkan bibir kita kering, dan kalau korang jilat bibir korang bagi basah itu pun sebenarnya salah sebab bibir korang akan jadi lebih kering. Jadi sebaiknya gunakan lip balm sebab ia akan kekalkan kelembapan bibir awak semua.

TISU

Tisu pun sangat penting sebab tidak semua toilet yang kita gunakan di sekolah atau tempat awam sediakan tisu. Korang mesti kena keringkan bahagian private lepas gunakan toilet sebab kalau tak keringkan mesti tak selesa nak buat aktiviti seharian. Panties dan seluar basah satu hari sangat tak best tau.

Selepas ini, Zoe yakin kalau korang selalu bawa empat barang penting ini dalam beg. Mungkin ia akan membantu diri sendiri dan kawan awak yang memerlukan saat getir. Haha! Selain itu, kebersihan korang pun akan sentiasa terjaga sebab ada tisu, bawa saja banyak-banyak. Hehe! Nak bawa barang lain seperti losyen, gula-gula dan lain-lain pun boleh juga.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkara Yang Bakal Buat Boyfriend Malu

Lisa BLACKPINK Bertukar Jadi Barbie Doll?!