in ,

4 Bad Habits Budak Sekolah Perlu Elak Tiap Pagi

www.prevention.com

Bangun tidur terus tengok phone! Terus scroll segala akaun social media yang ada sampai rasa mengantuk balik!

Ha, baik mengaku siapa yang selalu macam ini? Actually benda pertama yang korang buat bila buka mata akan pengaruhi mood seharian tau. Kalau bangun terus main phone, tak ke rasa lemau mata kita tengah hari nanti? Ada beberapa perkara yang korang kena elakkan buat sejurus bangun tidur sebab ia akan buat korang rasa malas sehari suntuk. Nak tahu apa? Check it out~

TEKAN SNOOZE

via GIPHY

Ainaa rasa ramai yang pernah tekan snooze bila alarm bunyi.. Kunci alarm pukul 6:30 pagi, tapi end up tekan snooze sampailah pukul 7 pagi! Siapalah agaknya yang suka buat macam itu ya? Ha, Ainaa laa orangnya siapa lagi, hehe! Sebenarnya ‘hobi’ tekan snooze ini bukanlah perkara yang baik untuk kita di permulaan pagi. Just imagine, dah kunci jam pukul 6:30 pagi, kita pula rasa macam seronok pula tekan snooze sebab boleh sambung tidur. Bila tersedar dah pukul 7, lambat dah nak pergi sekolah! Tak ke nanti jadi kelam kabut nak bersiap? Pagi-pagi dah rasa penat sebab kena berkejar sana sini bersiap.

MINUM KOPI

Image result for minum kopi bangun tidur
kumparan.com

Biasanya ada sesetengah orang akan minum air kopi untuk hilangkan rasa mengantuk sebab ada banyak kerja nak kena settle. Tapi tak bermaksud korang boleh terus minum air kopi once bangun daripada tidur ya. Pukul 8 hingga 9 pagi, badan kita akan hasilkan tenaga dan kalau dalam masa itu pun korang dah minum kopi, macam mana badan kita nak hasilkan tenaga semula jadi? Bercelaru jadinya sebab tenaga daripada kopi dah bercampur dengan tenaga semula jadi badan kita. Bukannya buat rasa hilang mengantuk, takut bertambah mengantuk pula nanti jadinya.

TUTUP LANGSIR DAN TINGKAP

Image result for room aesthetic
no.pinterest.com

Udara pagi ialah udara yang paling segar sekali. Sebab itulah kita kena selalu buka tingkap dan langsir setiap pagi supaya semua udara bersih dapat masuk ke dalam bilik atau rumah. Let say korang bangun dalam gelap, then bersiap macam biasa tapi tak hirup udara segar dari luar. Tak lengkaplah pagi korang nanti. Otak pun akan confuse sama ada sekarang ini tengah waktu siang atau malam? Lepas itu mesti jadi mengantuk semula sebab suasana dalam bilik sangat chill tanpa bantuan cahaya dan udara dari luar.

LAYAN PHONE

via GIPHY

Celik je mata tengok phone, tak ada benda lain nak dibuatnya…. jangan mak sorok phone nanti..

Mak siapa selalu cakap macam ini? Mak Ainaa selalu cakap macam itu setiap kali Ainaa bangun tidur, haha! Yelah, kita tengok phone sebab nak tahu sekarang pukul berapa, then check WhatsApp kejap. Mana tahu crush tiba-tiba like gambar ke, haha! But actually tak elok sebenarnya terus tengok phone once bangun daripada tidur. Mata kita dah lama berehat dan tak terdedah dengan cahaya terang. Sekali korang tengok phone, ha terpancar cahaya phone dalam gelap. Tak ke sakit mata jadinya? Nanti mulalah scroll itu ini lepastu jadi malas nak bangun pula. Tak masuk kalau ada ‘hot tea‘ dekat dalam WhatsApp group, entah pukul berapa baru nak bangun tak tahulah..

Ainaa percaya, antara list yang Ainaa bagi ini, mostly ada antara korang sendiri buat betul tak? Hmm actually bukan korang je, tapi Ainaa sendiri akui yang Ainaa buat semua itu kecuali minum kopi. Mungkin esok kita boleh ubah perangai tak elok ini? Semuanya untuk kebaikan badan kita juga tau girls. Jom kita ubah sama-sama nak?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

G-Dragon Bakal Keluar Military Weekend Ini!

Alert iPhone Users! Sila Update iOS Sebab..