in ,

4 Aplikasi Untuk Jimat Data Internet!

Sumber Gambar: https://newsroom.cisco.com

Halo #Lunagirls! Syoknyaa cuti sekolah dah mula.. Hihi! Harini LUNARIA nak share something untuk pengguna Android! Korang selalu ada masalah quota internet cepat habis tak? Kadang rasa macam geramkan? Jangan risau lagi girls.. LUNARIA nak kongsikan 4 apps yang boleh mengurangkan penggunaan Internet and space! 

OPERA MINI

via GIPHY

Biasanya korang akan buka Chrome di phone untuk melayari Internet kan? Apa kata kali ini #Lunagirls cuba guna Opera Mini! Sama je macam search engine yang lain tapi tidak akan memakan quota Internet yang banyak, best kan?

YOUTUBE GO

via GIPHY

Kepada #Lunagirls yang suka tengok YouTube tapi takut Internet cepat habis boleh cuba aplikasi ini! Tetapi korang hanya boleh melihat video dari size dan quality yang tersedia… nak gambar helok bukalah youtube yang betul.. haha!

FACEBOOK LITE

via GIPHY

Untuk aplikasi ni dia bukan saja kurang penggunaan qouta Internet tapi juga space di phone korang! Ia juga boleh berfungsi walaupun time tu internet tengah slow macam siput.. jadi la kan daripada tak ada! Hihi!

MESSENGER LITE

via GIPHY

Terus kekal berhubung dengan your squad menggunakan aplikasi ni! Sebab ia tidak akan ‘memakan’ qouta Internet korang.. dan bukan setakat message je, korang boleh call sesiapa guna aplikasi ni juga tau! Boleh jimatkan bil phone kita.. Yay!

Ha! Kepada sesiapa yang ada masalah belum hujung bulan qouta Internet dah habis.. boleh lah cuba guna aplikasi yang LUNARIA share ni okay! Mesti korang takkan pening-pening cari WiFi free lagi.. haha! Thank us later okay #Lunagirls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Try Simple Exercise Di Rumah!

Sedapnya Minum Air Ni Waktu Musim Hujan…