in ,

4 Aktiviti Best Untuk Musim Hujan

Bila dah hujung tahun ini, seperti biasalah musim tengkujuh pun tiba dan seperti yang kita tahu hujan selalunya lebat waktu hujung tahun di negara kita. Bila hujan, banyak sangat aktiviti outdoor yang nak buat terbatas dan terpaksa kita batalkan sebab hujan nanti basah dan bahaya untuk diri sendiri. Jadi, hari ini Zoe ada beberapa idea benda best boleh dibuat yang mungkin korang dan kawan-kawan boleh cuba pada musim hujan.

MOVIE MARATHON

wellandgood.com

Apa lagi girls? Pergilah on Netflix dan buat movie marathon dengan kawan-kawan korang. Duduk atas tilam sambil berselimut tengok movie, memang layan habis! Sambil itu, suruh kawan-kawan yang nak datang rumah korang nak habiskan banyak movie bawa snacks dan air boba sekali. Lepas itu, selesai movie marathon korang boleh sambung belajar atau main game pun memang seronok. Nanti dah besar, dah busy sebab sambung belajar di tempat yang berbeza, korang akan kurang masa untuk kumpul beramai-ramai lagi.. Jadi, plan sekarang okay! At least boleh redakan sikit stress korang nak belajar untuk exam itu nanti.

KELUAR PERGI CAFE

tripsavvy.com

Hujan-hujan ini pergi cafe duduk berbual dengan kawan sambil layan teh atau kopi panas memang onz terox! Kalau tak nak berbual kosong, korang boleh bawa nota untuk korang baca musim peperiksaan ini. Lebih lagi, sekolah sekarang cikgu suka beri kebebasan sikit untuk korang explore dunia luar. Jadi, jangan ambil kesempatan pula, isi masa dengan sebaiknya okay! Tak perlu pergi cafe jauh-jauh pun.. cari satu spot yang korang dan kawan-kawan selesa untuk minum-minum sambil bersembang. Kalau korang mencari cafe yang ada tawaran menarik, boleh dapatkan di SuperDeals.. Klik sini!

BACA BUKU

soompi.com

Bila kepala dah terlalu berat asyik belajar dan buat aktiviti lain. Kenapa tidak awak semua cuba ringankan kepala dengan membaca buku. Tak perlu buku sekolah atau yang terlalu akademik pun boleh saja. Baca komik, novel fiksyen atau non-fiksyen pun boleh.. tergantung dengan diri korang suka baca buku yang macam mana pun okay saja. Hmm, lebih lagi baca buku sambil duduk luar tengok hujan turun, memang jiwa rasa fresh sangat! Sebab cuaca satu dan info yang kita dapat dari membaca buku pun boleh buat diri kita rasa segar sangat. 

MAIN HUJAN

quora.com

Boleh buat tapi jangan selalu. Main hujan pun antara benda best yang awak semua patut buat walaupun dah besar tau! Sebab mood main air hujan mampu tenangkan jiwa korang tapi jangan main hujan bila ada petir kilat pula, itu cari penyakit namanya. Nak main boleh tapi main yang waktu hujan biasa saja. Kalau korang jenis yang cepat jatuh sakit, kami tak galakkan sangat sebab kesihatan itu nombor satu yang perlu dijaga dulu okay

Ha! Jadi tunggu apa lagi? Lepas ini bolehlah korang cuba buat semua aktiviti dengan kawan-kawan. Kalau kawan itu tinggal jauh, ajak saja abang, kakak dan adik korang pun apa salahnya. Bila lagi nak spend masa sama-sama, betul tak? Musim hujan ini biasa sekejap saja. Nanti bila dah sampai musim panas dan lembab semula, akan ada antara korang nak hujan musim hujan balik. Hargai saja cuaca yang ada ini.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tempat Rare Untuk Penuhi Masa Cuti Sekolah! 💯

Perangai ‘Special’ Budak Sekolah! Korang Macam Ini Tak?