in ,

3 Sekolah Malaysia Berjaya Di Mata Dunia! #BANGGA

Sumber gambar: Vecteezy.com

Hye #Lunagirls! Harini LUNARIA nak share dengan korang 3 sekolah yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia! #Clap Psst, korang boleh juga jadikan mereka inspirasi untuk harumkan nama sekolah korang!

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut, Jertih!

Tahniah buat Muhammad Syazwan Mat Sidik, Muhammad Anuar Abd Ghani, dan Safiyyah Muhammad Nasir berjaya melakar sejarah baru-baru ni! Mereka merupakan juara peringkat dunia dalam pertandingan Program Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)! Fuhh hebat!  Dan fyi, Malaysia adalah antara lima negara yang layak ke peringkat akhir selain daripada Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea Selatan!

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin, Negeri Sembilan!

SMKTBB telah terpilih menyertai World Adolescent Robot Contest 2018 di Guiyang, China! Antara pelajar yang terlibat ialah ialah Mohamad Qassiem Iqbal Mohamad Adnan, Mohamad Adam Azri Ramli dan Nabil Hasyiri Abdul Rahman!  Mereka terpilih ke China selepas mendapat keputusan cemerlang dalam pertandingan 2018 Malaysia FIRST Global Challenge di Kuala Lumpur! Congratulation boys!

Sekolah Cempaka Kuala Lumpur!

#BigClap untuk Sekolah Cempaka KL apabila berjaya  memenangi beberapa kategori persembahan dan telah menjadi juara bagi Showdance Performing Arts Cup untuk pertandingan IDO World Dance Cups di Korea Selatan! Dan antara wakil daripada sekolah tersebut cemerlang dalam dua kategori lain untuk Folklore Dance Oriental & Performing Art Cup!

Setiap sekolah dan pelajarnya mempunyai keistimewaan tersendiri! Korang juga boleh share dan hantar keunikan sekolah masing-masing kepada team Lunaria!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

3 Bahan Je Untuk Kulit Cantik!

Basuh Seluar Jeans Pun Ada Pantang Larang?