in ,

23 Juta Followers, Ini Benda Menarik Dekat IG Lisa BLACKPINK!

Sumber gambar: https://www.flyfm.com.my/blackpinks-lisa-breaks-twitter-record-for-one-million-birthday-mentions/

Woww! Power Lisa BLACKPINK ni! Baru setahun buka account Instagram, terus dah dapat 23 juta followers! Kita ni nak sampai 1K pun merangkak-rangkak…

Pencapaian Lisa buatkan dia tergolong dalam senarai selebriti Korea yang capai followers sebanyak tu dalam masa yang singkat. Korang mesti nak tahu apa rahsia sebalik ‘pencapaian’ Lisa tu kan? Jom kita intai sikit apa benda best yang ada dekat IG mek Siam ni, hehe!

BANYAK GAMBAR MAKANAN

Girls dan makanan memang takkan dapat dipisahkan! Macam tu la juga Lisa ni. Dekat Instagram dia ada banyak gambar makanan tau. Semuanya menyelerakan dan buatkan kita pula yang teringin nak makan apa yang Lisa makan tu. Lagi cute bila dalam gambar makanan tu terselit muka cute Lisa dekat situ. Tak tahu nak tengok makanan ke tengok muka Lisa! Hehe!

BODY GOALS

View this post on Instagram

πŸ‘»

A post shared by LISA (@lalalalisa_m) on

Tengok je la gambar-gambar Lisa tu semua. Aduhh, body goals betul la badan dia. Kira macam bentuk badan Lisa tu ialah yang sangat dimahukan oleh ramai girls dekat Malaysia. Apa yang dia pakai, semua sesuai dengan dia dan nampak perfect sangat! Tapi korang jangan la sampai sanggut diet teruk-teruk sebab nak nampak body macam Lisa ya. Tak elok juga macam tu sebab ibarat seksa diri pula.

NATURAL BEAUTY

View this post on Instagram

πŸ–€

A post shared by LISA (@lalalalisa_m) on

Ya ampun! Lisa ni baru bangun tidur pun dah terus cantik! Kita ni bangun tidur dah nampak macam hantu Kak Limah, dengan rambut serabainya, mata sembab lagi. Lisa steady je bangun tidur cantik, tak makeup lagi la cantik. Kalau korang perasan ada banyak je gambar Lisa tak makeup tapi still nampak pretty and cute! Apa la agaknya rahsia mek Siam ni untuk jadi natural beauty macam tu ya.

PHOTOGENIC

Gambar tengah tak ready pun still nampak cantik juga Lisa ni. Lagi cute bila gambar candid tapi nampak macam Lisa dah ready untuk gambar tu diambil secara sorok-sorok. Sebab tu la ramai orang suka sangat dekat Lisa ni sebab dia seolah-olah camera ready je, tak perlu nak kelam kabut betulkan rambut time orang dah nak snap gambar. Urghh, jealous nya dengan dia!

Jangan risau la girls, sebab korang pun boleh je jadi macam Lisa ni juga. Mulai hari ni, susun feed gambar dekat IG korang, mana tahu lepas ni ramai orang follow korang ke, hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Levi x Hello Kitty Bakal Melanda? Kena Beli Cepat Ni!

Fakta Luar Biasa Tentang Bra! No. 3 Paling Shook