in ,

2019 Tahun Berita Sendu Untuk K-Pop

Sumber gambar: pinterest.com

Seperti yang kita tahu, dunia K-Pop memang sudah menjadi pujaan satu dunia. Kalau nak dibandingkan dengan K-Pop yang dulu, sekarang ini industri muzik K-Pop sudah boleh diterima oleh ramai orang sebab mereka memang unik dan memang lain dari yang lain. Walaupun banyak berita yang best untuk kebanyakan peminat K-Pop sebagai contoh BTS menang banyak awards ke, banyak group yang dah buat comeback, ramai anggota Big Bang dah keluar dari military ke dan lain-lain, sebenarnya ada lebih banyak hal lain yang tak best yang jadi dalam industri muzik K-Pop. Ini juga secara tak langsung menjadikan 2019 antara tahun paling banyak berita sendu untuk K-Pop, jom kita tengok sedikit apa sahaja berita yang tak best ini.

KONTROVERSI MANIPULASI PRODUCE 101

Sumber gambar: IDN Times

Yang ini mesti korang pernah dengar kan? Program Produce 101 ini sudah disiasat oleh pihak berkuasa di Korea mengenai hal manipulasi dalam sistem undi sejak bulan Julai lalu. Dan semasa proses penyiasatan mendapati bahawa produser program iaitu Ahn Joon Young  telah mengaku bahawa pihaknya telah melakukan manipulasi melalui hasil perolehan suara di Produce 48 yang hasilkan group IZ*ONE dan Produce X 101 yang hasilkan group X1 yang mana secara tak langsung pihak agensi IZ*ONE dan X1 pun terus menghentikan segala aktiviti untuk promosi kedua group tersebut. Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang cakap sebenarnya Wanna One kumpulan yang dah disband itu pun sebenarnya debut melalui hasil yang sama seperti yang jadi kepada  IZ*ONE dan X1 ini. Haish! Macam-macam kan?

KES BUNUH DIRI 

Sumber gambar: jazmine media

Ini pun satu hal juga, macam kita tahu yang dalam tahun ini sahaja Sulli bekas kumpulan F(x) dan Goo Hara bekas kumpulan KARA telah meninggalkan para peminat, keluarga dan sahabat tersayang sebab bunuh diri. Ramai yang mengandaikan antara penyebab mereka bunuh diri adalah disebabkan komen haters di Korea yang amat kejam dan dek tekanan hidup tapi adakah itu betul atau tidak antara punca utama mereka bunuh diri pun kita tidak tahu sebab ramai juga artis K-Pop yang telah tandatangan satu petition supaya laman komen di Korea perlu ditutup serta merta demi mengelakkan perkara seperti ini terjadi lagi.

IDOLA K-POP UNDUR DIRI

Sumber gambar: Amino Apps

Dalam tahun 2019 juga, mesti ramai penggemar K-pop sudah tahu yang ramai juga anggota dalam idol group yang mengundurukan diri disebabkan kontroversi peribadi yang terjadi kepada mereka. Antara yang dah undurkan diri adalah seperti Seungri Big Bang, Jonghoon FT Island, Jonghyun CN Blue, B.I IKON, Wonho Monsta X dan ramai lagi yang mana menyebabkan ramai peminat mereka yang sedih disebabkan skandal yang terjadi.

BANYAK GROUP DISBAND

Sumber gambar: answers africa

Bukan setakat itu sahaja, tahun 2019 juga terdapat lebih kurang 10 kumpulan yang sudah disband dan antara kumpulan yang dah menghentikan kegiatan mereka dari industri muzik adalah seperti Wanna One, Nine Muses, Hello Venus, Boyfriend, Pristin, 14U dan banyak lagi di atas sebab kontrak sudah habis dan tidak diteruskan lagi.

IDOLA DEPRESSION

Sumber gambar: jazmine media

Selain itu juga, ada beberapa idola K-Pop yang dilaporkan terpaksa mengambil rehat atau hiatus dari dunia hiburan disebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan mental yang kurang sihat. Sebagai contoh, Kang Daniel, Mina TWICE dan ada beberapa orang lagi. Walau bagaimanapun, ramai peminat yang masih beri sokongan kepada mereka dan menghormati keputusan mereka untuk berehat dan pihak agensi pun memahami situasi yang sedang berlaku dan memberi mereka masa untuk memulihkan diri mereka seperti sedia kala.

Woah! Memang banyak sebenarnya benda yang tak best yang jadi dalam dunia hiburan K-Pop sebenarnya dan bukan setakat itu sahaja. Ramai juga yang terkejut sebab tahun 2019 memang banyak pekung yang kurang enak kita dengar yang jadi dalam dunia hiburan K-Pop yang selama ini ramai sangka semuanya indah belaka disebalik senyuman wajah idola K-Pop korang itu, betul tak? Hmm, apa yang akan jadi agaknya pada tahun 2020 nanti ya? Apa yang kita harapkan semuanya baik-baik sahajalah ya. Hehe

What do you think?

26 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Best Di Hari Pertama Sekolah

Geng Asrama, Dah Ready Barang Pulang Ke Gagang?