in ,

17 Tahun Dah Jadi Businesswoman? WOW!

Hi #Lunagirls! Korang pernah terfikir tak yang angan-angan tu akan jadi kenyataan suatu hari nanti kalau kita betul-betul berusaha untuk capai impian tu? Untuk episod #InspirasiLuna kali ni, team LUNARIA dapat ‘tangkap’ seorang businesswoman muda iaitu Nadine Jasmine!

For those yang tak tahu siapa sebenarnya Nadine Jasmine, dia ialah owner dan founder kepada brand Oh Sebenar yang mengeluarkan koleksi pakaian mengikut musim. Nadine dah mula berjinak-jinak dalam dunia fesyen seawal usia 17 tahun dengan brand dia sendiri tapi launch Oh Sebenar pada tahun lepas. Walaupun masih baru lagi, dengan titik peluh Nadine sendiri, dia berjaya membawa nama Oh Sebenar ke peringkat atas di dalam industri fesyen Malaysia sehingga dikenali oleh ramai peminat fesyen yang terkenal seperti Ain Edruce, Yaya Zahir dan ramai lagi. Nak tahu apa yang kami bualkan? Jom check it out~

INSPIRASI MULAKAN BISNES

Bila ada ramai adik beradik perempuan, Nadine and her sisters selalu berebut nak pinjam baju masing-masing. At the same time, gaya fesyen mereka pun lebih kurang sama dan daripada situ lah terdetiknya idea untuk buat bisnes sendiri. Sebab kadang-kadang bila kita minat satu baju tu, baju tu pula tak ‘minat’ dengan kita dan tak sesuai dengan gaya. Maka, Nadine decide untuk create her own style.

TAK DAPAT HARGA MURAH KE?!

via GIPHY

Biasa la bila dah buat bisnes, mesti ada orang nak minta discount la and maybe sampai minta free?! Bagi Nadine orang yang selalu minta discount dekat dia bukan la kawan rapat tapi someone yang dia pernah jumpa sekali dua je. Tiba-tiba tegur macam bestfriend pulak semata-mata nak mintak discount. Errr? Ye la, kita buat bisnes keluarkan modal takkan senang-senang je nak bagi discount, hello?

CITA-CITA SEBENAR

Sumber gambar: https://ohsebenar.com

Setiap orang ada cita-cita sendiri and of course semua orang nak berjaya di masa hadapan. Actually Nadine simpan cita-cita nak jadi ahli kimia waktu kecil dulu tapi lama-lama passion untuk jadi ahli kimia tu bertukar kepada businesswoman. Nadine masih tahu pasal chemical especially when it comes to produk kecantikan. Masa berborak dengan Lunaria, Nadine sedikit sebanyak bagi Skincare 101 seperti kenapa kita kena pakai sunscreen lebih-lebih lagi kita yang duduk di Malaysia yang selalu matahari terpacak ni. Selain daripada itu, salah satu hobi & minat Nadine ialah fotografi. Kalau korang tengok product shot untuk Oh Sebenar, Nadine lah gadis di sebalik lens kamera. So cantik!

NASIHAT UNTUK SEMUA

Since Oh Sebenar baru je menapak dalam dunia fesyen, Nadine rasa sangat bersyukur sebab brand ni berjaya dikenali ramai dalam masa yang singkat! Nasihat yang Nadine boleh bagi untuk all our #Lunagirls ialah just do anything yang korang suka dan cuba untuk improve daripada pelbagai segi. Jangan takut untuk mencuba okay girls! Mana tahu korang sebenarnya ada bakat dalam bisnes macam Nadine ke?

Macam mana girls? Korang rasa bersemangat tak lepas dengar cerita tentang Nadine ni? Mungkin lepas ni makin ramai #Lunagirls yang jadi businesswoman! Good luck korang semua!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments