in ,

10 Minit Paling ‘Ouch’ Buat Sharifah Rose

Sumber gambar: instagram.com/sharifahrose_

Serious la Sharifah Rose buka tudung? Tapi bukan ke dia tu model muslimah? – Netizen

Amboi amboi, seronok nampak bercerita tentang hal orang lain. Pantang ya nampak benda negative, laju je jari tu sibuk nak search juga. Tak boleh ke sekali sekala tu mind your own business? Siapa pun seseorang itu, kita ini tak layak untuk judge dan bercakap tentang dia. Kita sendiri ada buat silap, cuma untungnya tak diketahui oleh orang lain sahaja.

Kalau korang memang kaki social media, mesti korang tahu tentang isu influencer model muslimah yang bernama Sharifah Rose. A few days ago nama Sharifah Rose agak panas di Twitter disebabkan sekeping gambar yang mana melihatkan dia free hair tersebar meluas. Netizen pun mula la menyibuk nak search dan cari video asal yang melihatkan model berusia 22 tahun itu. Dah kalau namanya media sosial, mesti la ramai yang ‘ambil berat’ sampai buat thread lagi tentang gambar free hair tu. Haihh, banyak betul ya masa korang sampai sanggup buat fake account semata-mata untuk meraih perhatian.

For those yang tak tahu, Sharifah Rose ialah seorang model muslimah yang sering menjadi wajah utama kebanyakan jenama tudung. Bukan tudung je, dia juga merupakan model pakaian beberapa jenama yang lain. So disebabkan itu la Rose ini terkenal sebagai influencer dan at the same time dia ada juga membuat paid review seperti instafamous yang lain. Disebabkan dia terkenal dengan imej bertudung dan sekarang ini ada isu dia free hair, of course la jadi bualan mulut netizen sampai trending nombor 1 di Twitter! At the same time, Rose juga merupakan girlfriend kepada Aazief Khalid iaitu ex-boyfriend kepada usahawan muda Tyra Kamaruzzaman, merangkap anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Semua isu ini terjadi bila Rose dikatakan bercuti ke Phuket bersama dengan Aazief dan beberapa rakan yang lain. That time footage dia sedang free hair ‘terlepas’ di Instastory milik salah seorang rakannya tanpa disedari. Tapi dikatakan lagi, Instastory itu hanya dapat dilihat oleh close friend sahaja. Jadi maksudnya ada rakan yang tak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar tersebut sampai wujudnya satu fake account di Twitter semata-mata untuk ‘spill the tea’ mengenai Rose. Amboi, gigih sangat tu sampai nak buka aib orang lain. Mula la ramai netizen ‘bekerjasama’ untuk kecam Rose tapi mujur ada juga yang ‘backup’.

“We are all human! I love you and support you! Takes a mature person to have this reaction. We are all proud of you – Ali Gatie, Penyanyi Dari Kanada

 

Sumber gambar: Twitter

Nak bertudung atau tidak, itu hak individu. Benda ini jadi ‘besar’ disebabkan dia ialah seorang public figure, cuba kalau dia hanya orang biasa. Confirm tak ada siapa kisah dan takkan jadi first trending di Twitter.

Disebabkan menerima banyak kecaman daripada netizen sampai ada yang menggelar dirinya sebagai seorang yang hipokrit, Rose mula membuka mulut dan mengeluarkan kenyataan berkenaan isu yang sedang melanda dirinya. Dah serupa artis pula sampai kena keluarkan statement. Tapi okay la juga dia buat macam itu, at least dia dapat membersihkan namanya sendiri.

I went to the beach that day, my cap got wet so i took it off without thinking to let it dry for a while. It was the stupidest 10 minutes of line and i realise that now that anything can happen in that span of 10 minutes.

Kata Rose ketika kejadian, topi yang dia pakai ketika ke pantai itu telah basah dan dia decided untuk keringkan buat sementara waktu. Tapi tak sangka pula salah seorang daripada rakannya terambil video yang menampakkan dia tidak bertudung. Dah buat statement tapi netizen masih bising mempersoalkan bahawa story berkenaan diambil pada waktu malam dan gambar dia di pantai ialah pada siang hari. Haihh korang ni! Apa lagi la yang korang nak sebenarnya? Orang itu dah explain tapi tetap nak mempersoalkan juga?

View this post on Instagram

Lemonade

A post shared by Sharifah Rose Sabrina (@sharifahrose_) on

Tapi bagi Ainaa, Rose tak perlu pun nak explain sampai macam tu sekali demi untuk memuaskan hati netizen. Lebih baik dia diam sahaja sebab benda macam ni lama-lama orang akan biar sahaja. Maybe dia boleh minta maaf secara biasa dan tak perlu explain panjang lebar, that’s all. Tapi mungkin ada sebab lain kenapa dia sampai perlu buat kenyataan macam itu. Ye la, dia kan model muslimah dan itu merupakan pekerjaan dia, takut pula nanti brand yang dah ambil dia sebagai model tamatkan kontrak atau apa sahaja yang berkaitan.

Apa pun, kita as netizen tak perlu pun nak menyibuk sampai mempersoalkan tindakan seseorang itu. Tak kisah la siapa pun mereka, instafamous ke, artis ke atau orang biasa sekalipun. Kita sebagai manusia mempunyai hak untuk diri sendiri. Cuma kalau kita ini dikenali ramai, of course la kena tunjukkan contoh yang baik. Itu la kepayahan bila jadi orang yang dikenali ni sebab setiap gerak geri kita akan diperhatikan dan menjadi buah mulut orang. Pesanan ringkas daripada Ainaa, jaga diri!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments