in ,

10 K-Drama 2019 Rating Tontonan Tertinggi, Korang Dah Tengok?

Sumber gambar: www.medium.com

Annyeong gais! Salam PKP fasa 3. Apa aktiviti korang harini? Why not tengok K-Drama? Dengan lambakan drama Korea yang telah dan sedang ditayangkan sehingga April 2020, LUNARIA nak kongsikan dengan korang beberapa drama yang telah ditayangkan sepanjang tahun 2019 yang mendapat jumlah rating tontonan tertinggi. Hanya tayangan untuk TV Awam seperti SBS, KBS dan MBC sahaja akan disenaraikan. Data ini berdasarkan purata tontonan di Korea yang diperolehi daripada Nielsen Korea. Jadi, korang boleh menilai sendiri drama-drama ini dan pilih yang mana fav korang. Jom check it out! 

10. Angel’s Last Mission: Love

Sumber gambar: Soompi

KBS ‘Love of My Life’ / ‘Dan, Only Love’ / ‘Angle’s Last Mission : Love’ bertemakan fantasi romantik di mana ia menceritakan kisah tentang seseorang bidadara syurga yang ditugaskan sebagai dewa asmara atau ‘cupid’ untuk segelintir manusia yang terpilih mencari kebahagian hakiki menerusi cinta. Tapi lain pula yang terjadi apabila dia sendiri jatuh cinta terhadap seorang manusia, sekaligus melanggar larangan yang diperintahkan sebagai bidadara syurga.

Myung Soo (L) akan memegang watak sebagai Kim Dan, seorang bidadara syurga, bakal bercinta dengan seorang gadis penari balet, Lee Yun Seo yang akan dilakonkan oleh Shin Hye Sun. Adakah cinta antara bidadara dan manusia dapat disatukan? Mungkinkah dia terpaksa melepaskan misinya ke syurga semata-sama untuk bersama-sama dengan gadis yang dicintainya di dunia? Haa, korang kenalah tengok drama ini!

9. Doctor John 

Sumber gambar: Kdramapal

“Doctor John” atau ‘Doctor Room’ adalah drama bertemakan perubatan yang mengisahkan norma kehidupan serta kesakitan yang dialami pesakit dan doktor. Ia juga akan mengupas kisah tentang seorang doktor genius, yang merupakan pakar bius (anestesiologi) dan menjadi professor termuda.

Jisung bakal memegang watak sebagai pakar bius Cha Yo Han, professor termuda yang berlagak tapi seorang yang genius. Lee Se Young pula akan membawa watak doktor bius Kang Si Young di bawah jagaan Cha Yo Han. Beliau akan membantu Cha Yo Han mengenalpasti masalah yang dihadapi pengunjung hospital termasuklah yang menghidapi penyakit kronik yang misteri. Untuk korang yang minat bidang kedoktoran dan sains, drama ini sesuai untuk korang!

8. Woman of 9.9 Billion 

Sumber gambar: Soompi

9.9 Billion Woman adalah sebuah drama mengenai seorang wanita bernama Jung Seo Yeon yang secara kebetulan mendapat wang berjumlah 9.9 bilion won lebih kurang $ 8.3 juta secara tunai! Banyakkan 9.9 billion!! Korang agak-agak kenapa dia dapat duit sebanyak itu? Jawapannya….. Korang kenalah tengok.. LOL!

Drama ini agak heavy sebab ada banyak cabaran, drama air mata, kisah silam yang pahit dan macam-macam lagi! Akan mainkan jiwa dan raga ya gais. Korang kena bersedia!

7. VIP 

Sumber gambar: Kdramastowatch

VIP adalah sebuah drama bertemakan misteri dan berlatar-belakangkan urusan pejabat. Ia mengisahkan sekumpulan pasukan yang menguruskan pelanggan VIP dan menyimpan segala rahsia berkaitan mereka yang berurusan disebuah department store. Selain itu, drama ini turut menceritakan tentang bangkitnya seorang pekerja wanita yang berdepan dengan kesulitan hidup ditempat kerja dan kehidupan peribadinya. Walaupun agk serious, tapi drama ini tersenarai dalam must watch K-drama!

Jang Nara membawakan watak Na Jung Sun, yang telah mengahwini ketua pasukan ditempat kerjanya Park Sung Joon lakonan Lee Sang Yoon. Apabila berdepan dengan insiden yang tidak diduga, Na Jung Sun mendapati hidupnya jadi kacau bilau.

6. Vagabond

Sumber gambar: Tribunnews

Vagabond adalah sebuah drama yang bertemakan perisikan, mengisahkan tentang seorang lelaki yang hidup seperti biasa tetapi secara tidak semena-mena terjebak dalam kemalangan yang menyaksikan krisis rasuah sesebuah negara sehingga menyebabkan nyawanya terancam. Drama ini dilakonkan oleh Lee Seung Gi, Suzy, Shin Sung Rok, Moon Jeong Hee, Jeong Man Sik dan ramai lagi. Yasss, ada Suzy Bae!

Lee Seung Gi akan memegang watak sebagai Cha Gun seorang stuntman. Cha Gun seorang yang sangat yakin diri, bermuka tembok dan mempunyai 18 tali pinggang hitam dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Suzy pula memegang peranan sebagai ejen Perisikan Kebangsaan, Go Hae Ri. Beliau memutuskan untuk menjadi pegawai awam tahap 7 selepas kematian bapanya untuk menyara ibu dan adik lelaki yang tidak mengetahui betapa kejamnya dunia ini. Shin Sung Rok menjadi pengarah NIS, agen perisikan negara bernama Kim Tae Woong.

“Vagabond”  menelan belanja sebanyak 20 billion won lebih kurang RM 72 juta yang diarahkan oleh pemenang Best Director Paeksang Art Awards 2017, Yu In Sik dan ditulis oleh Jang Young Cheol.

5. Liver or Die

Sumber gambar: Soompi

Kalau tadi drama yang agak serious tembak-tembak dan rasuah, What’s The Problem, Poong Sang? pula bertemakan drama kekeluargaan yang penuh cabaran dalam mengharungi kehidupan. Kisah 5 orang adik beradik bekerjasama membantu sesama sendiri dari segi kewangan sejak ibu bapa mereka meninggal dunia.

Biarpun dipertengahan usia, abangnya tidak pernah menjalani kehidupan demi kepentingan sendiri dan mengikut kemahuannya selain fokus menguruskan adik-adiknya. Bagaimanakah si abang berhadapan dengan pelbagai karenah adik-adiknya? Mampukah dia meneruskan kehidupan dengan tidak mengendahkan apa yang sepatutnya beliau mahukan? Nanti korang tengok okay.

4. The Last Empress

Sumber gambar: Koreaportal

SBS Empress’s Dignity bermula dengan pemerintahan beraja yang secara teorinya masih wujud pada tahun 2018.  Ia berkisarkan tentang Min Hyo Ra, seorang pelakon muzikal yang dipaksa berkahwin dengan raja.

Drama siri 52 episod ini menjadi drama Korea untuk tayangan perdana pertama terpanjang pada tahun 2019. Biarpun bersiaran selama 3 bulan, drama ini sentiasa menikmati penilaian tontonan dengan dua digit bermula dari minggu keempat.  Asalnya “The Last Empress” hanya mempunyai 48 episod tetapi setelah pihak SBS memberi lampu hijau sebab mendapat sambutan yang memberangsangkan, ianya ditambah sebanyak 4 episode lagi.

3. Doctor Prisoner

Sumber gambar: Soompi

KBS Dr. Prisoner berkisarkan tentang seorang doktor bedah yang terpaksa meninggalkan hospital tempat kerjanya kerana tragedi yang tidak dapat dielakkan dan memohon untuk menjadi doktor di jabatan penjara. Pada masa yang sama, Nam Goong Min sebagai Na Yi Je, bekas doktor bedah unit Taekgang University Hospital Emergency Medical Center, merancang untuk membalas dendam terhadap ketidakadilan berlaku padanya sepanjang berkhidmat di hospital sebelum ini.

Kim Byung Chul pula akan melakonkan watak sebagai pengarah klinik di Jabatan Penjara Sunmyun, seorang yang mahir dalam perubatan dalaman dan datangnya daripada keluarga yang berprestij tinggi manakala Nara pula akan menjadi pakar sakit jiwa yang akan menghubungkan para doktor dengan pesakit yang terdiri daripada banduan-banduan penjara. Ada macam-macam jenis kisah dalam penjara, so korang boleh layan tanpa rasa bosan.

2. When The Camellia Blooms

Sumber gambar: Hellokpop

KBS “When Camellia Flower Blooms”/”When The Camellia Blooms” yang diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens, berkisarkan tentang tiga orang lelaki,seorang yang baik dengan budi pekerti mulia, seorang yang selalu dianggap jahat oleh masyarakat tetapi sebenarnya ‘cool’ dan seorang lagi yang tiada pendirian tetap yang selalu ‘mengalah’ dalam hidupnya. Mereka saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu.

Gong Hyo Jin melakonkan watak diibaratkan bunga Camelia yang baru berputik, seorang anak yatim piatu. Kehidupannya mula berubah apabila beliau diberi peluang untuk membuka kedai yang dioperasikan sebagai bar kecil ‘Camelia’.

1. The Fiery Priests

Sumber gambar: Mykorea.id

“Hot Blooded Priest” atau “The Fiery Priest ” berkisarkan tentang seorang paderi muda bernama Kim Hae Il yang mengalami masalah mental berkait dengan obsesif-kompulsif , asyik panas baran dan seringkali dicop ‘gila’ oleh rakan-rakan sepaderinya. Malah beliau terpaksa dipergunakan dirinya oleh detektif polis untuk menyelesaikan kes pembunuhan seorang paderi tua di sebuah gereja ternama. Pelbagai cabaran terpaksa dia hadapi untuk rungkai misteri pembunuhan. Kalau korang minat genre yang seperti ini, korang boleh layan drama The Fiery Priest.

Fuh, banyak betul drama Korea kita boleh layan untuk habiskan PKP fasa 3 kali ini. Apa pun, jangan pula korang tak makan, minum dan bersosial kalau dah mula layan drama ya. Kesian ahli keluarga lain bila korang tak bergaul dengan mereka. Selamat menonton!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

“Buat TikTok Pun Boleh Keluar Peluh,”- Irfan Haris

TWICE Bakal Buat ‘Comeback’ Album Jun 2020